Oleh pada 14 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Get Yourx Back Now

Penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion bakal membuat sebuah konsert di Asia Tenggara pada pertengahan tahun ini. Malangnya, Kuala Lumpur tidak tersenarai dalam siri jelajahnya itu.

Pelantun lagu tema filem Titanic, My Heart Will Go On itu akan beraksi menghiburkan para peminatnya di Jakarta, Singapura, Bangkok dan Manila.

Selain itu, Celine Dion juga akan membuat persembahan di kTokyo, Macao dan Taipei. pada Julai dan Ogos.

"Saya tidak sabar untuk bersama anda. Saya tidak sabar mahu menyanyi untuk anda. Saya tidak sabar untuk berjumpa lagi. Jaga diri," ujar Dion dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial Twitter.

Pada tahun 2008, beliau pernah membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur menerusi siri jelajah "Taking Chances".

Dion julung kalinya bakal melakukan persembahan di Singapura pada 3 dan 4 Julai, di Indonesia pada 7 Julai, di Filipina pada 19 Julai dan di Thailand pada 23 Julai.

Menerusi temubual eksklusif dengan CNN Indonesia, Dion berhasrat untuk mempersembahkan repertoire berlainan untuk setiap konsertnya dalam siri jelajah terbarunya itu di Asia Tenggara.

Sumber berita: The Malaysian Insight




Hakcipta iluminasi.com (2017)