Kredit foto: freemalaysiatoday.com

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa telah dilantik menjadi salah seorang duta Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial, Neelofa mahukan ianya menjadi platform terbaik bagi memupuk minat rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan pembentukan TN50.

Saya rasa apa yang paling penting sekali adalah untuk mereka semua terlibat secara langsung sebab sekarang ini mereka rasa mereka tidak diperlukan dan tiada fungsi dalam pembentukan TN50.

Jadi saya mahu wujudkan kesedaran supaya pengikut saya termasuk mereka di luar sana faham bahawa kita semua adalah sebahagian daripada pembentukan TN50. Apa yang boleh saya utarakan adalah menggunakan media sosial saya sebab sekarang ada banyak cara seperti IG live, Instastory dan pelbagai lagi di mana saya akan menggunakan ia sepenuhnya sebagai platform utama.

Pastinya, selepas ini, saya akan terlibat secara langsung dan saya sebagai medium untuk tarik mereka (rakyat Malaysia) untuk menyertainya dan mendengarkan apa yang hendak disampaikan.

Menurut Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan, semua duta yang terpilih mempunyai peranan dan pengaruh dalam bidang masing-masing untuk menggalakkan penglibatan belia dalam merealisasikan TN50.

Sumber: astrogempak.com.my & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)