Saintis kini telah menemui satu 'koloni super' anai-anai yang besarnya merangkumi kawasan yang sama saiz dengan Great Britain dan dipercayai telah dibina sezaman dengan ketika piramid dibangunkan di Mesir purba.

sarang anai anai besar brazil

Penyelidik kini mengkaji landskap yang mengandungi 200 juta busut berbentuk kon di timur laut Brazil. Mereka mengambil contoh tanah dari 11 lokasi yang berbeza dan mendapati bahawa busut-busut ini mula dibina sekitar 3,820 tahun yang lalu.

Busut yang puratanya berukuran 2.5 meter tinggi dan 9 meter lebar itu tersebar di sepanjang kawasan 230,000 kilometer persegi. Akan tetapi, setiap busut yang ada itu bukanlah sarang individu.

Sebaliknya, ia adalah 'titik sisa' di mana anai-anai pekerja mengorek dan membuang tanah yang digali dalam penghasilan rakaian terowong bawah tanah yang luas. Terowong bawah tanah yang luas ini digunakan anai-anai bagi melintasi landskap bumi untuk mencari makanan selama beribu-ribu tahun lamanya.

anai anai

Seorang penulis telah menulis mengenai penemuan ini dalam Current Biology dan menyatakan bahawa ia adalah "keajaiban biologi" kerana koloni super ini sama dengan tamadun kuno yang dibangunkan ribuan tahun dahulu. Bezanya dengan tamadun kuno manusia, koloni super ini masih mempunyai penghuni sehingga hari ini.

Menurut Roy Funch dari Universidade Estadual de Feira de Santana di Brazil, koloni super ini adalah usaha kejuruteraan biologi paling besar di dunia oleh spesies serangga tunggal.

Sebelum ini, busut-busut besar ini tersembunyi daripada pandangan oleh caatinga, beberapa jenis tumbuhan berduri yang banyak terdapat di Brazil. Saintis antarabangsa hanya mengetahui mengenai busut-busut ini beberapa dekad yang lalu apabila kawasan besar itu dibersihkan untuk dijadikan padang rumput dan ladang.

busut anai anai

Beberapa busut yang telah diambil sampelnya mendedahkan bahawa usia busut di Brazil itu adalah seusia dengan beberapa struktur busut anai-anai purba seperti yang wujud di Afrika.

Busut-busut ini dibentuk oleh spesies anai-anai tunggal yang menggali rakaian terowong bawah tanah yang besar. Ia bagi membolehkan mereka mengakses daun mati untuk dimakan secara selamat dan terus dari lantai hutan.

Mereka membina busut-busut ini sebagai tindak balas kepada persekitaran kering di mana apabila daun gugur setiap tahun, menandakan ia adalah masa yang sangat sesuai untuk mengumpul makanan sebelum berlakunya kemarau.

busut anai anai 2

Jumlah tanah yang digali di sini adalah lebih daripada 10 kubik kilometer, bersamaan dengan 4,000 buah piramid besar Giza dan merupakan salah satu struktur terbesar yang pernah dibina oleh mana-mana haiwan.

Para pengkaji menganggap ia adalah perkara yang luar biasa apabila mereka menemui keajaiban biologi yang tidak diketahui usia dan siaznya. Tambahan pula ia masih berpenghuni dan berkembang.

Busut-busut ini bukanlah satu-satunya pintu masuk ke rangkaian terowong yang dibina. Anai-anai ini akan muncul pada waktu malam untuk memburu makanan menggunakan puluhan pintu yang lebih kecil, terletak secara berselerekan antara satu busut ke busut yang lain.

busut anai anai 3

Para pengkaji seperti Profesor Martin dan rakan sekerjanya juga mengkaji sarang yang dipotong oleh pemaju pembinaan jalan raya tetapi busut-busut di sini tidak mempunyai terowong kompleks seperti yang biasanya dikaitkan dengan sarang anai-anai biasa.

Busut-busut di sini sebaliknya mempunyai satu terowong tengah tunggal yang saiznya kira-kira 10 cm. Ia berhubungan antara rangkaian terowang lain di bawah tanah dan satu siri "galeri" mendatar yang mengandungi daun mati atau larva anai-anai.

Terowong-terowong ini tidak pernah dibiarkan terbuka kepada alam sekitar, bermakna penggunaannya hanyalah sebagai sistem pengudaraan sahaja. Para pengkaji juga bingung tentang bagaimana dan mengapa terowong sebegini dibina pada masa berselang yang tetap.

busut anai anai di brazil

Salah satu teori yang dikeluarkan oleh pengkaji ialah setiap busut adalah milik koloni anai-anai yang berbeza. Apabila anai-anai ini berpindah kepada busut lain yang berhampiran koloni lain, mereka tidak akan terkepung atau diserang.

Ini menunjukkan bahawa anai-anai itu hanya bercampur di bawah tanah dan berkongsi rangkaian terowong sahaja tetapi tidak bagi keperluan mengumpulkan makanan. Namun, kerjasama ini agak terhad. Apabila ujikaji dilakukan terhadap anai-anai yang terletak 50km jauh dari busut asal, mereka akan menyerang semasa sendiri dengan cepat.

Isyarat bau pheromone yang digunakan di seluruh rangkaian terowong adalah cara utama untuk mengenal pasti jiran-jiran berhampiran. Profesor Martin dan rakan-rakannya beranggapan bahawa penanda aroma inilah yang membolehkan anai-anai ini bergerak se setiap titik busut untuk memastikan kecekapan maksimum dan membawa jarak yang sama besar untuk setiap koloni.

Rujukan:

1. Independent

2. Salford

3. New York Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)