Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

Pernahkah anda mempunyai ikan peliharaan suatu ketika dahulu? Jika diikutkan ramai yang pernah memelihara ikan seperti ikan emas,ikan guppy,ikan puyu,ikan laga dan pelbagai jenis ikan. Ia amat mudah jika anda memelihara ikan air tawar berbanding dengan ikan air masin. Jika anda ingin memelihara ikan emas, pastikan anda mempunyai bekas kaca atau akuarium,air,makanan ikan, pokok hiasan dan semestinya ikan emas.

ikan emas dalam bekas

Setelah siap tempat ikan peliharaan itu, pasti anda akan rasa teruja melihat aksi ikan emas itu berenang didalam bekas tersebut. Jika anda mempunyai akuarium yang lebih besar tentu lebih menyeronokkan kerana dapat memelihara pelbagai spesis ikan di dalam akuarium tersebut. Bagaimana dengan spesies ikan yang jauh lebih besar? Bolehkah jika anda ingin melihat ikan jerung berenang-renang di dalam akuarium? Sudah tentu anda boleh melihat dengan mata kepala anda sendiri kerana sudah terdapat akuarium besar yang menempatkan pelbagai spesis ikan dan kehidupan laut.

orang ramai tidak melepaskan peluang melawat akurium paling besar di dunia

Akuarium marin adalah salah satu tempat yang hebat dan menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Ia akan menjadi satu percutian yang menyeronokkan jika berpeluang untuk mengunjungi akuarium tersebut. Di Malaysia terdapat juga akuarium marin yang besar terletak di Pulau Langkawi,Kedah yang dikenali sebagai Langkawi Underwater World. Akuarium marin boleh dibina dengan saiz berskala besar yang boleh menampung berjuta-juta gelen air dan rumah beribu-ribu jenis ikan dan haiwan laut yang lain dan juga tumbuhan laut.

akurium georgia

Akuarium marin adalah tarikan pelancong yang popular tetapi di manakah terletaknya akuarium terbesar di dunia? Akuarium marin yang terbesar di dunia adalah akurium yang terletak di Georgia. Akuarium Georgia mempunyai saiz yang sangat besar yang boleh menempatkan lebih daripada 120,000 ekor haiwan dari 500 spesies yang berbeza serta dapat menampung 8.5 juta gelen air tawar dan air masin.

pelbagai spesis ikan yang terdapat di sini 792

Pusat Akuarium Georgia juga mempunyai sebuah tangki yang mempunyai sebanyak 6.3 juta gallon air yang menjadi kediaman dua ekor ikan paus jerung yang merupakan salah satu spesies ikan terbesar di dunia. Akuarium Georgia juga mempunyai spesis yang sukar untuk didapati seperti ikan paus beluga, ikan lumba-lumba bottlenose, jerung hammerhead dan ikan pari mantaray.

spesis ikan paus jerung di akurium georgia

Akuarium Georgia ini telah dibuka untuk orang ramai pada bulan November 2005. Akuarium Georgia telah dikunjungi oleh satu juta pelancong dalam masa 98 hari setelah ianya dibuka untuk orang ramai. Sejak dari itu dianggarkan puluhan juta orang telah menikmati keindahan kehidupan laut yang terdapat di akuarium ini. Ia juga mempunyai pertunjukkan istimewa yang luar biasa daripada ikan lumba lumba serta singa laut yang telah dilatih oleh pelatih di Pusat Akuarium Georgia.

petunjukan ikan lumba lumba di georgia akuarium

Di samping membenarkan pelawat melihat kehidupan marin yang menakjubkan secara dekat, akuarium ini juga menitikberatkan keperluan lain yang amat penting . Sebagai contoh, pihak akurium membenarkan para saintis untuk mengkaji kehidupan haiwan marin dalam persekitaran yang terkawal. Mereka juga membenarkan para saintis untuk membiak dan memelihara spesies marin yang terancam dan semakin pupus. 

ikan paus putih beluga


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)