Oleh pada 09 Mar 2022 kategori

Kredit: Instagram @mona.allen & @melonp.official 

 

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan kematian seorang selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida akibat lemas dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat rakan-rakannya sendiri.

 

Mengambil iktibar dari kes tersebut, pelakon Mona Allen berkongsi pengajaran supaya masyarakat berwaspada agar tidak mudah terperdaya dengan golongan rakan yang berpura-pura baik bagi menyembunyikan niat jahat untuk menjatuhkan kita.

  

 

"Dalam berkawan, perlu lebih berhati-hati kerana kita sentiasa dikelilingi oleh segelintir yang bersifat talam dua muka. Walaupun senang dikesan dari segi luaran, tetapi mereka kadangkala seperti menyenangi segala kelebihan dan pencapaian kita.

 

"Namun, kita tidak disukai jika dilihat melebihi mereka. Di mata individu seperti ini, kita boleh berjaya, tetapi tidak perlu lebih berjaya berbandingnya," tulisnya.

  

 

Tambah isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu, ramai kenalan hipokrit sebegini wujud di sekeliling kita sehingga mereka sukar dikenalpasti jika tersilap langkah.

 

"Kita sedang rapat dengan individu-individu ini, cuma tidak pasti mereka yang mana satu. Bukan bersangka buruk, tetapi beringat itu sangat perlu," pesannya.

 

Komen Pilihan

pengajaran kematian tangmo nida

 

"Sahabat sukar dicari kerana kawan belum tentu ada bersama semasa susah. Kadangkala, kawan berbuat baik kerana mempunyai muslihat yang tersendiri," tulis seorang pengguna Twitter.

pelakon thailand mati lemas 299

 

"'Kawan makan kawan' demi kepentingan sendiri. Bukan semua benar-benar menyayangi dengan ikhlas, ada yang cuma mahu mengambil kesempatan dengan kelebihan yang kita miliki," tulis seorang lagi pengguna Twitter.

 

Sumber: Instagram Mona Allen 




Hakcipta iluminasi.com (2017)