Oleh pada 30 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Peserta Big Stage 2019 yang tersingkir semalam, Fieya Julia mendakwa terkena gangguan mistik sepanjang bertanding dalam program realiti itu.

Mengakui dirinya seorang yang lemah semangat, Fieya, 20, mendedahkan ada terdengar suara misteri yang menyambung nyanyiannya ketika sedang berlatih.

"Saya pernah diganggu ketika berlatih menyanyi, tiba-tiba saya dengar ada suara lain menyahut dan menyambung nyanyian. Saya pun terkejut!

"Sejujurnya saya ini lemah semangat orangnya jadi mudah terbawa-bawa perasaan tu! Tapi rasanya saya tak sihat setiap minggu bukan sebab hal mistik.

"Mungkin kerana tak cukup rehat dengan jadual dan latihan yang padat menyebabkan saya demam dan sakit tekak setiap minggu," katanya kepada portal Mstar.

Fieya membuat kenyataan usai konsert separuh akhir Big Stage yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor, malam tadi.

Selepas tujuh minggu, lima peserta iaitu Han Byul, Neeta, Adzrin, Dinda Permata dan Irfan Haris melangkah ke peringkat akhir pertandingan realiti yang mengangkat bakat di kalangan penyanyi baharu atau 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) itu.

Sementara Fieya bersama Kucaimars terpaksa melupakan impian bergelar finalis selepas diumumkan tersingkir di penghujung konsert.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Perasaanku itu enggan percaya apa yang dialami berkaitan perkara mistik, sebaliknya menganggap ia berikutan jadual hariannya yang padat.

   

fieya julia

Kredit foto: Instagram Fieya Julia

   

"Saya tak percaya benda tu semua dan hanya meminta dijauhkan daripada perkara-perkara syirik. Harapnya tiada gangguan yang bukan-bukan!

"Ayah saya pun ada cakap mungkin sebab terlalu penat sampai terbawa-bawa. Iyalah saya pun terlalu memikirkan mengenai pertandingan ini," katanya.

   

Sumber berita: “Ada Suara Misteri Sambung Nyanyian Saya” - Gangguan Mistik Jejas Fokus Fieya Julia Ketika Latihan Big Stage

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)