Sekiranya anda kerap melancong dalam negara, anda pasti perasan akan kelibat hotel di bawah jenama OYO. Hotel-hotel di bawah jenama ini biasanya tergolong dalam hotel bajet dan mudah dikenalpasti dengan papan tanda berwarna merah dengan tulisan "OYO" padanya.

Rangkaian hotel OYO ini biasanya hanyalah untuk kategori hotel bajet, sesuailah buat kebanyakan rakyat marhaen yang mahu bercuti tetapi mempunyai kekangan bajet untuk menginap di hotel mewah. Keselesaannya juga bersesuaian dengan harganya yang muran dan berpatutan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernahkah anda terfikir daripada manakah asalnya rangkaian hotel OYO ini? Bagaimanakah jenama ini begitu cepat berkembang di Malaysia?

Ratesh Agraval Si Billionaire Muda

pengasas hotel oyo

Jangan terkejut, jenama OYO yang semakin terkenal di banyak negara ini sebenarnya merupakan idea seorang pemuda bernama Ratesh Agraval. Ratesh Agraval berasal dari Rayagada, India dan hanyalah berusia 26 tahun.

Rayagada adalah sebuah daerah di selatan Odisha. Penduduknya terdiri daripada suku-suku terutama kaum Khond dan Soras. Penduduknya rata-rata bertani dan pendapatan harian mereka sekitar RM40 sehari sahaja. 

Berasal dari keluarga susah, Ratesh Agraval merupakan contoh jutawan 'self-made'. Sejak kecil, beliau sudah menunjukkan semangat keusahawanan dengan mula menjual kad simsemenjak usianya 13 tahun.

Daripada segi pendidikan pula, beliau menamatkan pelajaran dari St. Johns Senior Secondary School sebelum berhijrah ke bandar Delhi pada tahun 2011 untuk melanjutkan pengajian di peringkat kolej. Namun, kira-kira 2 tahun kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada pengajiannya kerana tidak mempunyai keyakinan mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.

Idea Penubuhan OYO

hotel oyo 445

Bagi yang tidak tahu, perkataan OYO itu merupakan singkatan pada ayat Own Your Own. Antara perkara terawal yang dilakukannya dalam dunia perhotelan adalah membantu sebuah hotel bajet berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Hotel tersebut dikatakan kurang mendapat pelanggan. Lalu beliau telah datang berjumpa dengan pemilik hottel tersebut dan memberikannya beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Malah, beliau turut mempromosikan hotel tersebut dengan mengambil gambar dan memuatnaik gambar-gambar tersebut di internet untuk tujuan promosi.

Usaha ini nampaknya berhasil dengan pertambahan pelancong yang menginap di hotel tersebut. Kejayaan terawal ini telah memberikannya keyakinan bahawa hotel bajet juga mempunyai segmen pelanggan tersendiri.  Walaubagaimanapun, ianya mestilah dipromosikan dan mencapa piawaian tertentu agar mendapat rekomendasi baik daripada pelanggan.

ratesh agrawal

Akibat kesukaran mendapatkan hotel bajet yang mencapai tahap kebersihan yang memuaskan dengan harga yang berpatutan, beliau telah mendapat idea untuk menubuhkan startup pertamanya yang diberi nama Oravel. Idea ini timbul daripada pengalamannya sendiri dan keyakinan hotel sebegini perlulah dipromosikan dengan sebaiknya.

Startup ini telah menyediakan platform diberi nama Oravel Stays, sebuah portal direktori untuk hotel-hotel bajet. Beliau dikatakan mendapat inspirasi daripada Airbnb tetapi direktorinya ini hanya memfokuskan kepada hotel murah. OYO pada mulanya merupakan laman web yang mengemaskini dan menjual semula bilik hotel yang ada tetapi pada 2016, Ritesh mengembangkan model perniagaan OYO dan mula menjenamakannya semula sebagai sebuah rangkaian hotel.

Kejayaan dan perkembangan OYO

pengasas rangkaian hotel oyo

Idea penubuhan direktori untuk hotel bajet ini telah menarik minat beberapa pihak sehingga membolehkannya terpilih untuk program Thiel Fellowship, sebuah program 2 tahun oleh pengasas Paypal. Pemilihan ini membolehkan beliau mendapat pembiayaan sebanyak $100,000.

Sejak daripada itu, beliau tidak lagi menoleh kebelakang. Sehingga kini, syariakt OYO sudah mendapat beberapa siri pembiayaan daripada syarikat-syarikat besar yang percaya akan potensi OYO. Antara syariakt ini adalah Greenoaks, Sequoia India, SoftBank, Lightspeed India dan China Lodging Group 

Tahun 2018 menyaksikan OYO mula meluaskan pengaruh mereka ke kawasan Asia  Pasifik dan memulakan rangkaian hotel mereka di UK, UAE, Dubai, China dan banyak lagi. Pada hari ini ia mempunyai lebih daripada 330,000 bilik di 500 bandar di seluruh dunia.

hotel oyo china 59

Ratesh Agraval masih muda dan sudah mempunyai perancangan untuk menjadikannya rangkaian terbesar di dunia menjelang 2023. Kisah OYO ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha merealisasikan impian.

Jika diteliti, walaupun sudah mencapai tahap billionaire, Ratesh Agraval tidak langsung memiliki hotelnya sendiri. Sebaliknya, syarikatnya hanya membuat duit dengan menyediakan platform buat pemilik hotel mempromosikan bisnes mereka. Model bisnes sebegini turut digunakan oleh Airbnb dan Facebook dimana mereka membuat duit dengan menyediakan platform yang boleh dimanfaatkan pengguna.

Kredit:

  1. QZ
  2. Entrepreneur
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)