Mohed Altrad tidak tahu berapa usianya. Tiada dokumen yang direkodkan berkenaan hari beliau dilahirkan ke dalam suku kaum Badwi yang mengembara di padang pasir Syria.

Untuk memudahkan, anak-anaknya memilih tarikh 9 Mac secara rawak, dan bagi tahun kelahiran, Mohed terpaksa memilih tahun di mana beliau datang ke Montpellier, Perancis, 70 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1948.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mohed Altrad ketika itu tidak boleh bertutur dalam bahasa Perancis dan bertahan dengan hanya satu hidangan makanan sehari. Malah, beliau tidak mengenali sesiapa pun.

mohed altrad bilionaire

Namun pada hari ini, namanya tersangat terkenal di Montpellier dan menjadi penduduk terkaya bandar itu dengan jumlah kekayaan mencecah RM10.9 bilion.

Namanya diulangi berkali-kali di sebalik stadium ragbi di bandar, yang baru-baru ini dinamakan bersempena Mohed Altrad dan syarikatnya.

"Ia sangat pelik. Biasanya nama seseorang akan digunakan untuk menamakan bangunan selepas mereka meninggal dunia," kata Moheh Altrad.

Pemilik kelab ragbi Perancis

mohed altrad pemilik kelab herault rugby 601

Pada tahun 2011, Datuk Bandar Montpellier bertemu dengan penduduk terkaya bandar itu, memintanya untuk memastikan kelangsungan kelab Hérault Rugby berusia yang mengalami masalah kewangan.

Mohed yang tak pernah menonton perlawanan ragbi kemudiannya tampil dan membeli skuad itu.

Kini pemilik baru kelab Hérault Rugby hadir ke setiap perlawanan dengan memakai pin merah dengan penuh bangga pada kotnya, satu simbol "Legion of Honor, setara dengan kesatrian Perancis yang diterimanya pada tahun 2005.

Terlibat dalam perniagaan perancah

perniagaan perancah mohed altrad

Mohed Altrad mengatasi permulaan beliau yang sangat rendah untuk membina Kumpulan Altrad yang menjadi salah satu penyedia perancah terkemuka dunia, dengan pendapatan melebihi RM4 bilion.

Selepas pendapatan tetap dan pertumbuhan keuntungan selama suku abad, Mohed menyaksikan penjualan berganda dalam tempoh lima tahun yang lalu, menjadikan kepentingannya dalam syarikat yang miliknya sebanyak 80%, kepada kira-kira RM17.2 bilion.

Nilai ini membolehkan Mohed Altrad tersenarai sebagai ahli baru dalam senarai FORBES World Billionaires.

Industri perancah Altrad membekalkan kepada tapak perindustrian di lebih daripada 100 buah negara, termasuk Amerika Syarikat. Tetapi kebanyakan pelanggan Altrad Group berada di Eropah, dengan jumlah terbesar di Perancis.

Disambut dengan kata-kata anti-Arab ketika pertama kali sampai di Perancis, Mohed belajar bahasa Perancis dengan baik sehingga menjadi novelis terkenal.

Beliau kemudiannya membina sebuah syarikat global di dalam sebuah negara yang tahu ekonominya memerlukan usaha keusahawanan.

Syarikat beliau, secara kebetulan, memainkan peranan dalam mengekalkan seni bina Perancis, sesuatu yang dekat dengan jiwa Perancis sebagai baguettes dan Bordeaux.

Mohed Altrad tidak pernah pulang ke Syria sejak tahun 1972, ketika dia melawat ayahnya yang terpisah.

"Saya dengan cepat menyedari bahawa saya tidak boleh kembali. Ke mana? Tiket saya adalah satu arah," kata Mohed.

Kisah menyayat hati di sebalik kejayaan Mohed Altrad

mohed altrad ketika kecil

Mohed Altrad jarang bercakap tentang masa lalunya dan beliau mempunyai sebab tertentu.

Ketika Mohed berusia sekitar 4 tahun, ibu beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Bapanya, pemimpin puak berkuasa yang telah merogol ibunya, membuang Mohed.

Satu-satunya saudara kandung Mohed, yang tinggal bersama bapanya, mati akibat terseksa.

Mohed yang masih kecil dibesarkan oleh neneknya dalam sebuah khemah yang berpindah dengan suku itu, mengikut hujan yang mewujudkan tanah ragut untuk kambing, biri-biri dan unta.

Nenek Mohed enggan membiarkan beliau pergi ke sekolah, menegaskan bahawa pengembala tidak memerlukan buku.

Namun, beliau tetap ke sekolah dengan menyelinap keluar sebelum neneknya bangun dan berjalan tanpa kasut selama berjam-jam merentasi bukit pasir.

Beliau bukan sahaja beranggapan bahawa pendidikan yang diterimanya berbaloi dengan dimarahi neneknya, tetapi juga sanggup menelan ejekan rakan sekelas di mana beliau disisihkan.

mohed altrad bilionaire perancis

Apabila Mohed berusia 7 tahun, bapa Altrad muncul semula dan membeli basikal untuknya, sebuah khazanah yang sangat jarang ada di padang pasir.

Dalam usaha keusahawanan pertamanya, Mohed menyewa basikal itu kepada kanak-kanak lelaki lain dan menggunakan wang tersebut untuk bekalan sekolah.

Beberapa tahun kemudian, beliau berhijrah untuk hidup dengan saudara lain di Raqqa, kini dikenali sebagai ibu pejabat Islamic State.

Beliau kemudiannya memperoleh ijazah sarjana muda, menamatkan pengajian pertama di rantau ini dan mendapat biasiswa dari kerajaan Syria untuk belajar di Perancis.

"Saya tidak mempunyai apa-apa impian ketika itu. Satu-satunya impian saya adalah untuk tidak menerima takdir awal saya." kata Mohed.

Lanjutkan pelajaran dan bina empayar di Perancis

mohed altrad menerima anugerah

Pada tahun 1969, Mohed Altrad tiba di Montpellier, sebuah bandar berhampiran Mediterranean yang terletak di tengah-tengah antara sempadan dengan Sepanyol dan Itali.

Beliau menghabiskan beberapa bulan mempelajari bahasa Perancis, tetapi ketika baru memulakan pengajiannya dalam bidang fizik dan matematik di Universiti Montpellier, Mohed hanya memahami 10% sahaja daripada apa yang dikatakan oleh pensyarahnya.

Menjelang ketika Mohed Altrad berpindah ke Paris pada awal tahun 70-an untuk mendapatkan Ph.D. dalam sains komputer, beliau telah cukup fasih untuk bertemu dan berkahwin dengan seorang wanita Perancis yang juga belajar di universiti yang sama.

Semasa belajar, beliau bekerja sebagai jurutera bagi firma teknologi, yang membantu beliau layak mendapatkan kewarganegaraan.

Mohed kemudian menghabiskan 4 tahun di Abu Dhabi, bekerja untuk syarikat minyak nasional.

Dengan cukai yang rendah dan tidak banyak yang perlu dilakukan, beliau mampu berjimat beberapa juta Ringgi menjelang tamatnya kontrak kerja pada tahun 1984.

Sekembalinya ke Paris, beliau dan tiga sahabatnya mengasaskan dan dengan pantas menjual sebuah syarikat yang menghasilkan komputer mudah alih.

mohed altrad

Mohed Altrad memperoleh sekitar RM2.46 juta, namun tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan wang sebanyak itu. 

Pada Ogos 1985, ketika Mohed Altrad bercuti di Florensac, kampung asalnya di Perancis selatan, seorang jiran bertanya sama ada beliau berminat mengambil alih kilang perancah yang gagal.

Méfran, firma dengan 200 orang pekerja itu, mengalami kerugian beberapa juta ringgit setahun dan hutang kepada bank-bank semakin bertimbun.

Walaupun beliau tidak tahu apa-apa tentang industri ini, prinsip perakaunan asas atau perkataan perancah dalam bahasa Peransic, Mohed Altrad memutuskan untuk membeli syarikat itu bersama Richard Alcock, seorang rakan dari Abu Dhabi yang telah menjadi rakan kongsi dalam permulaan syarikat komputernya.

Mereka membayar harga 1 franc Perancis ketika itu, dan mengambil alih liabiliti dengan Mohed memiliki 90%.

"Ia satu perkara yang mengikut gerak hati. Saya melihat bahawa produk itu sangat berguna, kerana anda memerlukan perancah dalam setiap sektor: pembinaan, kilang penapisan, lapangan terbang." kata Mohed Altrad.

Mohed dengan segera mengurangkan kos dan mewujudkan lebih banyak bayaran yang berasaskan insentif, kaedah tenaga kerja yang disukai warga Perancis kerana ia melihatkan bahawa majikan sangat serius.

"Saya memberitahu orang ramai (pekerja) bahawa saya menggunakan kesemua wang yang saya peroleh dalam tempoh 5 tahun. Mereka berfikir, 'Dia percaya kepada kita." kata Mohed.

Melebarkan sayap perniagaan

Dalam tempoh setahun, syarikat itu menjana keuntungan kecil dan menubuhkan beberapa buah anak syarikat di Sepanyol dan Itali.

"Dia tidak pernah bercakap tentang cita-citanya. Matlamatnya hanya untuk membesarkan syarikat." kata Richard Alcock.

Namun, sasaran tersebut tidak mudah untuk direalisasikan. Mohed Altrad memutuskan untuk mempelbagaikan industi dengan membeli sebuah syarikat Perancis yang membuat sarung tangan pembedahan.

kisah mohed altrad

Beliau menyedari bahawa ia merupakan satu kesilapan dan terus menjualnya, lalu melebarkan sayap syarikat ke industri pengadun kongkrit, alatan pembinaan dan produl lain yang menarik pelanggan yang sama dengan perancah.

Kemudian, ketika kemelesetan ekonomi pada awal tahun 1990-an, syarikat yang masih baru ini kehilangan seperempat daripada  pendapatannya dalam tempoh enam bulan.

Apa yang menyelamatkannya adalah bahawa beliau telah melihat kelembapan mendatang itu setengah tahun lebih awal dan mengurangkan 30% tenaga kerja.

Bangkit semula dari krisis ini, Mohed Altrad mendapati bahawa bank-bank tidak memberi pinjaman kepada usahawan kelahiran Syria tanpa pengalaman industri dan tanpa mengira tahap kewangan syarikat.

Jadi beliau terpaksa berkembang dengan cara yang sama ketika beliau memulakan perniagaan, iaitu membeli pesaing mengalami masalah kewangan kecil dan perlahan-lahan menerapkan kecekapan baru dari mereka.

mohed altrad 2

"Saya banyak berjuang dalam tempoh itu dan membazirkan banyak masa kerana mereka tidak mempercayai saya." - Mohed Altrad

Titik perubahan datang pada tahun 2003. Pada masa itu, syarikat Mohed mempunyai pangkalan yang kukuh, dengan 21 anak syarikat memberikan keuntungan RM533 juta.

Syarikat ini melakukan pengambilalihan terbesarnya, iaitu pesaingnya, Jerman Plettac.

Pembelian ini meningkatkan nama Altrad Group dan meletakannya untuk bersaing dalam kontrak perindustrian, serta bergerak lebih agresif ke penawaran margin lebih tinggi, seperti perkhidmatan pajakan dan pemasangan.

Ia diikuti dengan penyatuan di seluruh Eropah, dengan purata tiga pengambilalihan setahun oleh Mohed. Menurut beliau, setiap satu daripadanya adalah menguntungkan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)