Sekiranya anda melanggan akaun Netflix, ada sebuah drama bersiri menarik bertajuk "The Spy" yang sangat direkomendasi untuk ditonton. Drama ini mempunyai 6 siri dan mula ditayangkan secara rasmi pada 6 September 2019.

Apa yang menjadikan drama bersiri arahan Gideon Raff ini menarik adalah ianya berdasarkan kisah benar seorang pengintip profilik tahun 60-an dari Israel bernama Eli Cohen. Dengan pengaruh, kekayaan dan kedudukannya ketika itu ada pihak yang beranggapan lelaki ini berpotensi menjadi Presiden Syria pada ketika itu sebelum akhirnya ditangkap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Siapakah Eli Cohen?

eli cohen

Eli Cohen, kiri semasa sedang dibicarakan 

Eli Cohen atau nama panjangnya Eliyahu Ben-Shaul Cohen lahir dari sebuah keluarga 8 orang  di kawasan pesisir pantai Alexandria, Mesir pada tahun 1924. Dia menerima pendidikan awalnya di sekolah komuniti Yahudi. 

Selepas tamat pengajian, Eli Cohen menyambung pengajian di University of Alexandria dalam bidang kejuruteraan elektrikal. Eli Cohen menganggap dirinya seorang pencinta negaranya dan pernah menganjurkan protes pendudukan British di Mesir.

Penglibatan dengan pergerakan Zionis

eli cohen spy 535

Sebagai seorang yang berbangsa Yahudi, Eli Cohen mendapat telunjuk ajar daripada ketua Rabbi di Alexandria dan mula terlibat secara langsung dengan pergerakan Zionis. Apabila Israel "mengisytiharkan" kemerdekaan mereka pada tahun 1949, keluarganya telah berpindah ke kawasan yang didakwa sebahagian daripada wilayah penguasaan Israel itu.

Walau bagaimanapun, Eli Cohen kekal di  Mesir untuk menamatkan pengajiannya dan terlibat dengan penganjuran pergerakan Yahudi dan Zionis. Ketika kerajaan Mesir telah melancarkan gerakan anti-Zionis pada tahun 1951, Eli Cohen dan rakan-rakannya telah ditahan dan disoal-selidik kerana perkaitannya dengan pergerakan Zionis.

Kebanyakan mereka yang ditahan telah dipenjarakan dan dikenakan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, atas alasan ketiadaan bukti yang kukuh untuk mengaitkannya dengan pergerakan itu, dia telah dibebaskan. Tidak lama selepas peristiwa Krisis Suez pada  Oktober 1956, Eli Cohen dan beribu-ribu rakyat Mseir berbangsa Yahudi telah dihantar keluar ke kawasan yang dikenali sebagai Israel itu.

Perlantikan sebagai seorang pengintip

pengintip israel mahu ambil alih syria

Salah satu babak dalam filem The Spy

Eli Cohen tiba di Israel pada 8 Februari 1957. Tidak lama kemudian, pihak tentera Israel telah menyiasat latarbelakangnya dan memintanya untuk menulis sebuah biografi mengenai dirinya. 

Dalam tulisannya sepanjang 8 muka surat itu, Eli Cohen menyatakan dia mahir bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya Arab, French, Inggeris, Itali dan Hebrew. Dia juga mendakwa mahir bertutur menggunakan dialek tempatan di negara Mesir, Syria dan Lebanon.

Di bahagian penutup tulisan biografinya itu, dia turut menyatakan kesudiannya dihantar ke mana-mana negara Arab untuk berkhidmat menjalankan aktiviti pengintipan bagi pihak Israel. 

Pihak Israel melihat penyatuan Mesir dan Syria ke dalam Kesatuan Republik Arab sebagai sebuah ancaman yang serius. Pihak Israel memerlukan khidmat pakar bagi menyelinap masuk ke pasukan musuh dan menyampaikan sebarang maklumat mengenai kemungkinan melancarkan serangan bagi menggagalkan usaha ini.

Kesudian Eli Cohen dan kemahirannya bertutur dalam banyak bahasa dan dialek tempatan menjadikannya calon yang layak bagi kerja-kerja pengintipan tahap tinggi seperti ini.

Akses kepada orang kenamaan dan politik di Syria

aiman hafiz

Eli Cohen bersama dengan Jeneral Aiman Hafiz, ketua tentera Syria yang kemudiannya menjadi Presiden negara itu setelah rampasan kuasa

Dalam misi awalnya sebagai seorang pengintip, Eli Cohen telah dihantar ke Argentina dan menyamar sebagai seorang usahawan berjaya dari Syria. Dia menghabiskan masa kira-kira 8 bulan disini dan menggunakan identiti diri sebagai 'Kamel Amin Thaabet' dan mengaku dirinya sebagai seorang rakyat Syria yang mewarisi perniagaan tekstil saudaranya yang berbangsa Yahudi di Argentina

Misinya disini adalah untuk menyusup masuk ke dalam kalangan diaspora Arab iaitu orang Yahudi yang tinggal di luar Israel dan membina pengaruhnya sebagai orang yang boleh dipercayai. Oleh itu, Eli Cohen sering menghadiri majlis-majlis keramaian yang diadakan oleh komuniti ini.

Untuk menonjolkan dirinya, Eli Cohen seringkali memakai pakaian berjenama dan sering membelanjakan wangnya dengan berbelanja mewah. Usaha ini nampaknya berhasil apabila dia berjaya membina hubungan rapat dengan golongan elit  diaspora Syria di Argentina.

Daripada golongan inilah, dia diperkenalkan dengan individu-individu penting di Syria. Antara individu penting yang telah diperkenalkan kepadanya adalah ketua Mundo Arabe, akhbar popular Latin Amerika dalam kalangan komuniti Arab.

Daripada kenalan disini, dia diperkenalkan pula kepada pihak Kedutaan Syria di Buemos Aires. Ketika inilah, dia berpeluang untuk bertemu dengan Jeneral AIman Hafiz, ketua kontinjen askar Syria di Argentina dan merupakan calon Presiden Republik Syria.

Penghijrahan ke Syria

perisik israel 268

Gambar Eli Cohen berlatarbelakangkan Damascus

Eli Cohen berhijrah ke Syria pada tahun 1962. Ketika inilah hubungan baik dengan orang-orang Syria berpengaruh telah dimanfaatkan untuk kepentingan dirinya sendiri. Salah seorangnya adalah Jeneral AIman Hafiz sendiri yang telah diangkat sebagai Presiden dalam satu rampasan kuasa oleh pihak tentera pada tahun 1963.

Jeneral Aiman Hafiz menganggap 'Kamel Amin Thaabet' yang dikenalinya itu sebagai seorang yang bijak dan sangat sayangkan negaranya (dalam hal ini, Syria) dan percaya dia sanggup membelanjakan kekayaannya untuk negara Syria.

Kedudukan tinggi Jeneral Aiman Hafiz ini seterusnya memudahkan Eli Cohen menyusup masuk dan mendapatkan maklumat-maklumat sulit daripada pelbagai kementerian di Syria antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Informasi, Bank Negara dan banyak lagi.

Dengan akses mudahnya kepada maklumat-maklumat sangat sulit ini, dia kemudiannya telah menyalurkannya kepada pihak Israel untuk membuat tindakan selanjutnya.

Kejayaan terbesar Eli Cohen

askar israel

Gambar tentera Israel di kawasan Sinai, Mesir ketika peperangan selama 6 hari dengan Mesir pada Jun 1967

Antara kejayaan terbesar Eli Cohen adalah maklumat mengenai kerjasama askar Syria dan Iraq, maklumat mengenai bekalan senjata ke Syria oleh pihak Soviet, kedudukan rahsia artileri dan kubu tentera Syria dan banyak lagi.

Eli Cohen juga telah mendapat maklumat mengenai rancangan Syria untuk mengalihkan saliran sungai Jordan daripada Israel yang merupakan salah satu sumber utama bekalan air bersih di Israel. Selain data, Eli Cohen juga kerap menghantar imej dan peta ketenteraan kepada pihak tertentu di Tel Aviv.

Eli Cohen merupakan individu penting yang membawa kejayaan Israel dalam peperangan selama 6 hari yang berlangsung antara 5 hingga 10 Jun 1967. Dalam peperangan ini, tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Mesir yang telah melumpuhkan pasukan tentera udara Mesir.

Serangan ini juga telah mencetuskan serangan antara kedua buah negara sebelum negara Syria, Jodan, iraq dan Lebanon turut terpalit sama dalam kancah peperangan ini beberapa hari kemudian. Dengan segala maklumat sulit yang didedahkan oleh pengintip licik ini, Israel dikatakan menang mudah dalam peperangan ini.

Peperangan ini berakhir dengan Israel berjaya menguasai Tebing Barat dan Gaza Strip dan beberapa kawasan penting lain.

Peristiwa Penangkapan Eli Cohen

Detik hukuman gantung yang dikenakan terhadap Eli Cohen

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu jugalah nasib yang telah menimpa Eli Cohen. Dia telah ditangkap oleh pasukan penyiasat Syria di apartment mewah miliknya pada Januari 1965. Satu bulan kemudian, Eli Cohen telah dibicarakan sebelum dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Terdapat beberapa faktor yang telah membawa kepada penangkapannya. Pertamanya, pihak kedutaan India di Damascus pernah mengadu mereka seringkali mengalami gangguan komunikasi radio dengan New Delhi.

Perkara ini telah membawa penyiasatan dengan menggunakan sistem radio dari Soviet yang telah menemukan lokasi gangguan tersebut. Eli Cohen yang tidak mengetahui akan perkara itu telah ditangkap di rumahnya ketika sedang menghantar maklumat sulit kepada pihak Israel.

Pasukan penyiasat dari Mesir juga telah mengenalpasti muka Cohen dalam sekeping gambar perjumpaan antara pihak tertinggi Syria dan Mesir di Golan Height. Mereka kemudian telah mengenalpasti Eli Cohen sebagai seorang pengintip dari Israel.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Time
  3. Sputnik News



Hakcipta iluminasi.com (2017)