Edmund Kemper III adalah salah seorang daripada pembunuh bersiri paling kejam dan sering diabaikan sejarah Amerika Syarikat.

Dengan ketinggian 205 sentimeter dan IQ 145, Edmund Kemper merupakan pembunuh yang tersangat dahsyat dan tidak masuk akal. 

Naluri membunuh Edmund dapat dijejak kembali ke zaman kanak-kanaknya, di mana dia memperlihatkan tingkah laku yang teruk dalam keluarga yang tidak mampu untuk menangani masalahnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bapanya, Edmund Emil Kemper II, adalah seorang veteran Perang Dunia II yang berada dalam perkahwinan tanpa cinta yang merosakkan dengan ibunya, Clarnell Elizabeth Kemper.

Clarnell adalah seorang penagih alkohol yang mungkin menderita akibat gangguan personaliti.

ibu dan bapa edmund kemper

(Ibu dan bapa Edmund Kemper)

Bapa Edmund yang pernah bekerja ketika ujian bom nuklear di Pasifik berkata bahawa "misi bunuh diri dalam perang dan ujian bom atom langsung tidak boleh dibandingkan dengan hidup bersama Clarnell."

Clarnell sering mencaci suaminya dengan apa yang dilihatnya sebagai pekerjaannya yang "mengotorkan tangan" dan enggan memanjakan anaknya kerana takut akan menjadikannya homoseksual.

Pada masa yang sama, Edmund mula memaparkan fantasi gelap berkaitan seksualiti dan kematian.

Dia memenggal anak patung kakaknya dalam upacara yang rumit dan malah mengintip guru kelas duanya di luar rumahnya, dengan membawa senjata bayonet milik bapanya.

Pada usia 10 tahun, Edmund membunuh kucing peliharaannya dan pada usia 13 tahun, dia membunuh seekor lagi kucing. Kali ini, dia menyimpan bahagian badan haiwan itu di dalam almari sehingga ditemui ibunya. 

Pada tahun 1957, ayah Edmund meninggalkan keluarganya membuatkan dia dan 2 lagi adik perempuannya dalam jagaan ibunya.

pembunuh bersiri ed kemper 2

Carnell yang mempunyai rasa takut dengan Edmund yang mana sudah mencapai ketinggian 205 sentimeter ketika berusia masih remaja, mengarahkan anaknya itu untuk tidur di ruang bawah tanah yang dikunci kerana bimbang dia akan membahayakan saudara perempuannya.

Ibu Edmund juga sentiasa mencaci dan menghinanya dengan mengatakan bahawa tiada wanita yang akan menyayanginya. 

Pada usia 14 tahun, Edmund melarikan diri dari rumah ibunya untuk tinggal bersama ayahnya di California.

Walau bagaimanapun, bapanya telah berkahwin semula dan menghantar Edmund untuk tinggal bersama datuk dan neneknya di ladang mereka.

Di sana, Edmund melepaskan kemarahannya terhadap ibu bapanya kepada datuk dan neneknya.

Selepas bertengkar dengan neneknya, Edmund menembak kepala wanita malang itu menggunakan senapang milik datuknya.

pembunuh bersiri ed kemper

Dia kemudian membunuh datuknya supaya datuknya tidak perlu mengetahui bahawa isterinya sudah mati. Selepas menelefon ibunya dan bertanyakan apa yang harus dilakukan, Edmund menyerah diri di balai polis.

Akibatnya, dia dihantar ke unit jenayah Hospital Atascadero. Ketika di sana, Edmund melakukan ujian IQ dan mendapat tahu bahawa dia memiliki IQ 145. 

Pada hari ulang tahun ke-21 pada tahun 1969, Edmund akhirnya dibebaskan dari Hospital Atascadero dan kembali ke penjagaan ibunya, yang ketika itu bekerja sebagai pembantu pentadbiran di University of California, Santa Cruz.

Dia masih perlu bertemu dengan ahli psikologi namun dianggap sebagai berisiko rendah.

Selepas setahun, Edmund mula tinggal di beberapa tempat di seluruh California Utara dan pulang ke rumah ibunya secara berkala apabila kehabisan wang.

ed kemper

Ketika inilah Edmund memulakan pembunuhan yang terkenal di mana dia menumpangkan wanita muda yang sedang hitchhiking dan membunuh, melakukan hubungan seks dengan mayat dan memotong mayat mereka.

Mangsa pertamanya adalah Mary Ann Pesce dan Anita Luchessa, 2 pelajar California State University, Fresno yang ditemuinya semasa memandu di sekitar Berkley, California.

Edmund membawa wanita-wanita itu ke kawasan berhutan berhampiran di mana dia pada asalnya bertujuan merogol mereka, tetapi panik dan akhirnya menusuk serta mencekik mereka sehingga mati. 

Mayat-mayat tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam kereta dan dibawa ke rumahnya di Alameda.

Dalam perjalanan, seorang pegawai polis menghentikannya kerana lampu belakang yang rosak tetapi tidak mengesyaki apa-apa. 

Setelah tiba di rumah, Edmund merogol sebelum memotong mayat-mayat tersebut, memasukkannya ke dalam beg plastik dan membuangnya di sebuah lembah berhampiran Loma Prieta Mountain.

aiko koo mangsa edmund kemper 32

(Aiko Koo)

Edmund meneruskan formula pembunuhan itu terhadap mangsa seterusnya, pelajar tarian Korea berusia 15 tahun, Aiko Koo.

Semasa pertemuan ini, Edmund secara tidak sengaja terkunci dirinya di luar keretanya tetapi berjaya memujuk Aiko untuk masuk semula ke dalam kereta. 

Pada awal tahun 1973, Edmund telah kehabisan wang dan telah pindah semula ke rumah ibunya di kampus Universiti California Santa Cruz.

Di sana dia meneruskan pembunuhannya dengan membunuh 3 lagi pelajar kolej yang ditemuinya di kampus.

Malah, Edmund menanam kepala salah seorang mangsanya di kawasan rumah ibunya dan menghadap ke bilik tidur ibunya.

Menurutnya, dia melakukan ini kerana ibunya "selalu mahukan orang lain menyanjunginya". 

Kemudian, pada 20 April 1973, naluri pembunuhan Edmund mencapai kemuncak semulajadi ketika dia memukul ibunya dengan penukul ketika tidur sehingga mati.

Dia kemudiannya memenggal kepala lalu merogol kepala ibunya yang terputusnya, sebelum meletakkannya di atas rak dan menggunakannya sebagai papan dart.

Edmund memotong lidah dan peti suara ibunya dan membuangnya ke dalam tong sampah.

Kemudian, dia menjemput kawan baik ibunya ke rumah, sebelum membunuh dan mencuri kereta wanita tersebut lalu dipandu ke Colorado.

pembunuh bersiri ed kemper 374

Selepas tidak mendengar apa-apa berita tentang pembunuhan itu, Edmund akhirnya menghubungi polis dari pondok telefon untuk mengaku membunuh ibunya.

Disebabkan polis tidak percayakan panggilan tersebut, Edmund kemudiannya mengakui semua pembunuhan yang telah dilakukannya untuk mendapatkan perhatian mereka.

Apabila ditanya mengapa dia menyerah diri, dia berkata bahawa "tujuan asalnya telah hilang dan dia mahu berhenti". 

Edmund Kemper ditangkap dan disabitkan dengan 8 tuduhan pembunuhan.

Dia cuba membunuh diri sebanyak 2 kali dan juga meminta hukuman mati, tetapi gagal dalam semua tuduhan dan diberikan tujuh hukuman penjara seumur hidup berturut-turut.

Edmund dipenjarakan di Penjara Perubatan California bersama Herbert Mullin dan Charles Manson, di mana dia masih tinggal hingga ke hari ini.

kes bunuh edmund kemper

Semasa di penjara, dia dengan sukarela mengambil bahagian dalam sejumlah wawancara dari wartawan dan penguatkuasa undang-undang.

Edmund Kemper menjadi banduan model di Penjara Perubatan California, di mana dia bertanggungjawab untuk menjadualkan janji temu tahanan lain dengan pakar psikiatri dan telah menghabiskan lebih 5,000 jam dalam pita rakaman untuk orang buta.

Rujukan:

1. Mirror

2. Criminal Minds

3. Allthat




Hakcipta iluminasi.com (2017)