Bolehkah wang membeli cinta dan kasih sayang? Mungkin tidak.

Namun di Jepun, anda boleh "membeli" ilusi ini. Ishii Yuichi yang berusia 37 tahun merupakan ketua keluarga kepada lebih 25 buah keluarga dan suami kepada lebih 600 orang wanita.

Bunyinya seperti tak masuk akal kan bagi seorang lelaki untuk memiliki isteri seramai itu. Tetapi, tiada satu pun daripada mereka merupakan ahli keluarga Ishii yang sebenar atau kata lain, palsu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dia adalah pengasas Family Romance, syarikat yang menerajui fenomena Jepun yang sangat popular iaitu 'perkhidmatan menyewa keluarga'.

Bersama-sama lagi 1,200 orang pelakon yang bekerja di syarikatnya, Ishii telah memainkan semua peranan yang ada daripada seorang ayah di majlis perkahwinan, ayah yang lama hilang untuk seorang anak malah menjadi pengantin lelaki. 

Untuk bayaran yang bermula dari RM312, pelanggan boleh membuat pesanan di syarikat perkhidmatan sewa keluarga yang berpangkalan di Tokyo untuk teman profesional yang disesuaikan dengan permintaan khusus mereka iaitu perangai, rupa dan tingkah laku.

ishii yuichi pengasas syarikat family romance

(Ishii Yuichi, pengasas syarikat Family Romance)

Malah, syarikat ini juga akan memenuhi permintaan seperti sama ada pelanggan mencari rakan untuk memuat naik gambar bahagia ke Instagram, seorang bayi untuk menyamar sebagai cucu atau pengantin lelaki untuk perkahwinan yang dilakonkan.

Dia menjelaskan kepada Hive Life mengapa masyarakat Jepun tidak lagi memerlukan perkhidmatannya.

Idea perniagaan Ishii yang luar biasa ini terhasil apabila dia membantu seorang rakannya ketika berusia 24 tahun. Rakan Ishii merupakan seorang ibu tunggal dengan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.

Kelayakan janak-kanak lelaki tersebut untuk ditemuduga bagi kemasukan tadika dinafikan kerana latar belakang keluarganya.

Oleh kerana pernah menjadi pelakon drama TV, filem dan iklan, Ishii bersetuju untuk membantu di mana dia berlakon menjadi bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Kemudian, dia mendapat idea untuk menjadikan ini sebagai satu perniagaan. Setelah 10 tahun beroperasi, syarikat ini menjadi semakin popular.

Malah, tujuan utamanya untuk mengatasi beberapa masalah sosial yang paling serius di Jepun dilihatkan sangat tepat pada masanya.

Family Romance adalah sebuah perniagaan yang mana tidak boleh dimulakan di mana-mana secara sewenang-wenangnya.

Dalam Dalam masyarakat berorientasikan keluarga nuklear (suami, isteri dan anak) seperti Jepun, ibu bapa tunggal dipinggirkan dan menyewa ahli keluarga adalah salah satu cara yang baik untuk menutup kecacatan ini.

jepun populasi paling tua di dunia

Kesepian adalah satu masalah besar di Jepun, sebuah negara berpenduduk 127 juta orang dengan populasi tertua di dunia. Dianggarkan 18.4 juta orang dewasa di mana 6.24 juta daripadanya berusia lebih 65, hidup sendirian.

Terdapat juga budaya di Jepun yang menyembunyikan perasaan dan keinginan sebenar dikenali sebagai "honne", serta tingkah laku dan pendapat yang dipamerkan di khalayak ramai dikenali sebagai "tatamae".

Kedangkalan dan kesepian yang semakin meningkat di Jepun adalah sebab mengapa agensi sewa keluarga ini sangat berjaya.

Orang Jepun menyewa pelakon untuk menggantikan orang tersayang yang hilang atau menutupi situasi yang janggal.

Dinamakan bersempena masalah psikologi 'Family Romance Neurotics', yang dikenal pasti oleh Freud pada tahun 1908, di mana kanak-kanak berfikir bahawa mereka adalah keturunan orang dengan kedudukan sosial yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebenar sebagai cara untuk mengatasi kekecewaan dengan keluarga mereka sendiri, Family Romance dibina atas usaha untuk membantu orang menangani pelbagai pengalaman yang sukar.

sewa ahli keluarga di jepun 4

"Kerana mempunyai terlalu banyak keluarga di mana saya bertindak sebagai seorang suami palsu dan bapa, ia membuatkan kadang-kala saya lupa akan peranan saya. Saya bimbang saya memikirkan diri saya sebagai salah satu peranan yang saya bawa dan kehilangan identiti saya sendiri, "kata Ishii.

Walaupun kelihatan agak pelik, Family Romance adalah salah satu daripada banyak syarikat dalam gelombang baru perkhidmatan sewa keluarga yang mendapat daya tarikan di Jepun.

Beberapa platform sewa telah muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang menawarkan segala-galanya dari keluarga dan rakan-rakan kepada tetamu pengebumian dan temujanji makan malam, dengan protokol ketat yang menyatakan larangan hubungan intim.

Salah satu syarikat baru adalah New Start, sebuah organisasi bukan keuntungan berfungsi untuk membawa keluar hikikomori (lelaki yang menyendirikan diri dari masyarakat) daripada pengasingan mereka dengan bantuan seorang kakak sewaan.

Terdapat juga perkhidmatan seperti 'Rental Ossan,' yang menghubungkan wanita muda yang memerlukan bimbingan |pakcik" berpengalaman yang akan mendengar masalah mereka, menawarkan nasihat kerjaya dan cinta, serta persahabatan di bar dan konsert.

Ishii dan pekerjanya telah mengisi peranan bapa lelakinya, ibu bapa yang meninggal, anak lelaki dan anak perempuan yang terasing dan bahkan menjadi pengantin lelaki di majlis perkahwinan di mana semua orang adalah pelakon, kecuali pengantin perempuan dan ibu bapanya.

sewa ahli keluarga di jepun 3

Kekurangan hubungan manusia akibat perubahan sosial adalah salah satu sebab mengapa perkhidmatan keluarga sewa telah menjadi satu trend baru-baru ini.

Terdapat peningkatan jumlah orang muda yang tidak tahu bagaimana untuk bersosial kerana mereka tidak mempunyai persekitaran keluarga yang sama seperti yang dialami semasa era selepas perang.

Bagi Ishii, tujuan penyewaan keluarga adalah untuk "mengurangkan penderitaan rakyat dari masyarakat yang tidak munasabah".

Ia bukan satu perkara yang baik hakikat bahawa khidmat pengganti keluarga seperti ini wujud tetapi ia diperlukan dalam masyarakat kerana ia membantu orang ramai berhadapan dengan masalah yang berleluasa di Jepun.

Dalam budaya yang memberi kepentingan tinggi kepada taraf sosial, terus mencari taraf ini boleh menjadi beban emosi yang luar biasa.

Orang Jepun mempunyai watak yang kuat, tetapi mereka tidak pandai berurusan dengan emosi.

Menghadapi stigma yang ketara terhadap penyakit mental dan pematuhan kepada kesesuaian, orang Jepun biasanya enggan mendapatkan sokongan profesional.

ishii yuichi pengasas syarikat family romance 2

Family Romance menyediakan pelanggan mereka dengan lebih daripada sekadar pelakon di mana mereka menawarkan pendengar yang baik, pengganti yang boleh menggantikan ahli keluarga yang terasing atau hilang, suami palsu untuk menghiburkan ibu bapa, seseorang untuk mengisi jurang yang ditinggalkan oleh pasangan yang hilang dan orang yang boleh membuatkan seseorang berasa lebih baik daripada realiti yang mungkin.

"Jepun bukan tempat yang sesuai untuk mereka yang menjaga minda. Kami mahu memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan memenuhi keperluan emosi dan membantu mereka bergerak ke hadapan," kata Ishii.

Sebagai penyamar untuk lebih daripada sedekad, perjalanan Ishii tidaklah sentiasa mudah. 

Ada kalanya peranan itu telah menyebabkan kekacauan emosi, beberapa situasi di mana dia di-"stalk", dan lebih daripada 250 lamaran perkahwinan yang mana dia harus menolak dengan sopan.

Walau bagaimanapun, komplikasi sebenar adalah dalam menentukan apa sebenarnya yang diperlukan.

Rujukan:

1. Bagaimana untuk sewa kawan dan ahli keluarga palsu

2. Sewa ahli keluarga di Jepun

3. Ishii Yuichi miliki lebih 100 isteri dan 20 keluarga




Hakcipta iluminasi.com (2017)