Oleh pada 09 Oct 2017 kategori

Pertama sekali, tajuk artikel ini hanyalah gimik semata-mata tidak bertujuan memperlekehkan PPIM. Tetapi untuk menarik minat pembaca agar bertambah kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia sendiri. Penulisan ini ditulis Mohd Zailee di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran dari beliau untuk mengulang siar penulisan ini. 

bekmen ppim

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya kita tak perlukan PPIM atau NGO-NGO untuk bela nasib kita kalau dari dulu kita ambil kisah antara satu sama lain. PPIM sekarang dilihat seperti satu vigilante. Maka aku tulis ni guna analogi vigilante jugaklah iaitu Batman.

Kenapa Bruce Wayne ambil keputusan untuk jadi Batman padahal dia tak affected pun dengan perkara-perkara yang berlaku di Gotham City? Dia kaya-raya, berpangkat, berlembaga. Nak jadi apa pun dekat masyarakat, jadilah. Dia langsung tak terkesan.

Menurut Reinhold Niebuhr dalam bukunya Moral Man and Immoral Society, dia berkata "punca utama ketidakadilan dan konflik sosial ialah kejahilan dan sikap mementingkan diri."

Jangan penting diri dan jangan jadi jahil

Bagi orang agama, sikap mementingkan diri lebih menyumbang kepada konflik sosial. Ini berbeza dengan golongan rasionalis yang menjadikan kejahilan sebagai punca. Niebuhr nak selamat, dia letak la dua-dua. Genius.

Berbalik kepada persoalan Bruce Wayne jadi Batman tadi. Kenapa dia jadi Batman? Adakah sebab dendam apabila melihat ibu bapanya mati dibunuh oleh penyamun murahan di Crime Alley? Adakah sebab dia begitu mulia hingga sanggup mengorbankan diri? Adakah trait personaliti yang dimiliki Bruce Wayne berbeza dengan manusia biasa seperti kita?

Bruce Wayne pernah cuba untuk bunuh sendiri pembunuh ibu bapanya atas dasar dendam. Tapi tidak berjaya apabila pembunuh tu dibunuh orang lain. Makwe Bruce masa tu iaitu Rachel Dawes cakap satu kata-kata yang amat power hingga aku sendiri pun termenung.

Katanya, "Keadilan ialah tentang keharmonian."

Apa itu harmoni? Harmoni ialah satu keadaan di mana kita sebagai manusia yakni khalifah di muka bumi melengkapi setiap antara kita.

Melengkapi bagaimana? Melengkapi dari segi peranan kita sesama kita. Polis main peranan jaga keselamatan, hakim main peranan jaga keadilan, guru main peranan mengajar anak-anak, dan paling penting kita manusia jaga manusia lain.

What? Jaga manusia lain? Ya, tugas dan tanggungjawab kita manusia ialah menjaga manusia lain. Kerana bila kita sedar itu tanggungjawab kita, kita dapat menyingkir sikap mementingkan diri yang selama ini menjadi punca konflik sosial. Itu erti harmoni.

Maka Bruce Wayne yang tidak jahil dan tidak mementingkan diri tahu menjaga manusia lain ialah tanggungjawabnya. Kerana itulah dia jadi Batman. Dia tahu harta dan kepintaran yang ada padanya bukanlah untuk dia seorang.

Harta dan kepintaran = tanggungjawab.

Bagaimana Bruce Wayne boleh ada kesedaran begitu? Simple. Sebab pendidikan dan orang yang ada di sekelilingnya. Bruce Wayne mempunyai bapa yang berjiwa marhaen. Orang yang paling banyak mendidik Bruce Wayne ialah orang gajinya iaitu Alfred. Selain itu, Bruce Wayne juga belajar tentang kejahatan duniawi dari Ra's Al Ghul (seorang totalitarian). Mereka semua yang membentuk personaliti Bruce Wayne.

Dalam The Dark Knight Rise, Batman ambil keputusan untuk bersara apabila tahu masyarakat tidak lagi perlu bergantung padanya. Demikianlah juga PPIM atau NGO lain. Mereka akan berhenti menjaga kita apabila kita semua saling menjaga dan ambil peduli sesama kita.

Kita tak perlukan PPIM atau NGO lain apabila kita sama-sama mendidik masyarakat, ambil berat tentang orang miskin, peka dengan masalah jiran kita, dan menyingkirkan orang-orang yang korup. Kita boleh bergerak secara individu apabila kita fokus pada kekuatan diri. Langkah pertama ialah jangan jadi konsumer jahil. Simple...




Hakcipta iluminasi.com (2017)