KIta seringkali mendengar ayat-ayat yang berbunyi seperti "Kebiasaannya orang yang suka menggembirakan orang lain mempunyai kisah silam yang mendukacitakan". Dalam erti kata lain, walaupun gemar menghiburkan hati orang lain, seseorang itu sebenarnya cuba menyembunyikan kesedihan yang dialami.

Mungkin ayat ini tepat sekali bagi menggambarkan kisah suka duka Charlie Chaplin, seorang pelawak lagenda dunia. Walau pun dikenali sebagai seorang pelawak, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sejak kecil beliau mempunyai kisah tragis dan hitam sebelum mengecapi kejayaan sebagai seorang penghibur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berbanding lawak komeedi masa kini yang turut disertakan dengan dialog yang lucu, Charlie Chaplin terkenal dengan kelebihannya menghasilkan lawak daripada perlakuan gerak-geri tubuhnya sahaja tanpa sebarang dialog.

Bermulanya karier sebagai pembantu pelakon

charlie chaplin 406

Lahir daripada ibu bapa yang mempunyai bakat dalam dunia hiburan, secara tidak langsung beliau mewarisi bakat daripada ibu bapanya. Walau bagaimanapun, sejak daripada kecil beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan demi membantu kehidupannya bersama ibu dan abangnya.

Ketika berusia 12 tahun, beliau mendapat peluang pertamanya untuk membuat persembahan pentas apabila ditawarkan watak sebagai pembantu pelakon dalam pementasan filem “Sherlock Holmes”. Kerjanya semakin berkembang apabila beliau telah ditawarkan watak sebagai seorang kaki botol dalam filem "A Night in an English Music Hall”.

Tawaran ini membawanya ke seluruh pelusuk Amerika Syarikat pada tahun 1910 untuk membuat persembahan, sekaligus telah menaikkan popularitinya sebagai seorang penghibur. Ternyata watak yang dibawanya itu digemari oleh rakyat Amerika Syarikat.

Pada tahun 1912, syarikat produksi tersebut kembali semula ke Amerika Syarikat untuk membuat persembahan disana. Pada ketika inilah beliau telah ditawarkan kontrak profesional dalam dunia perfileman. Gajinya pada ketika itu hanyalah $150 seminggu. Walau bagaimanapun, kerana bakat yang ada padanya, ramai produser mula berminat untuk memberi tawaran lakonan kepadanya dengan bayaran yang lebih lumayan.

Bapanya kaki botol dan keluarga hidup miskin

charlie chaplin dan anak kecil 355

Tidak seperti segelintir selebriti yang memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya, Charlie Chaplin lahir dalam keluarga yang sangat miskin. Lebih merumitkan keadaan, bapanya juga seorang kaki botol dan sering mengabaikan kehidupan keluarganya.

Bapanya, Charles Chaplin, juga merupakan penyanyi yang mempunyai bakat besar di British pada ketika itu. Pada era 1980-an, ketagihan terhadap minuman alkohol merupakan perkara biasa yang dialami oleh golongan selebriti dan bapanya juga tidak terkecuali daripada tabiat buruk ini.

Bapanya meninggal dunia ketika beliau berusia 12 tahun akibat ketagihan melampau terhadap alkohol ini. Pada ketika itu, bapanya baru berusia 38 tahun. Akibat daripada tabiat buruk bapanya ini, bapanya telah berpisah dengan ibunya ketika Charlie Chaplin hanya berusia 1 tahun.

Sebelum berpisah, bapanya juga pernah ditangkap kerana didapati bersalah mengabaikan mereka sekeluarga. Setelab berpisah, kehidupan beliau dan abangnya, Sydney diuruskan oleh ibu mereka, Hannah. Walaupun jarak umur antara keduanya 4 tahun, Charlie dan abangnya Sydney sangat rapat dan mereka akan melakukan apa yang terdaya untuk membantu ibu mereka.

Ibunya kemurungan dan sakit mental

charlie chaplin biodata

Charlie Chaplin sering menyatakan penghargaan kepada ibunya sebagai sumber inspirasi kepadanya untuk terus berkarya dan mengharungi liku-liku hidup yang penuh mencabar. Ibunya, Hannah Chaplin juga merupakan seorang penyanyi dan beliau menggunakan nama samaran Lily Harley.

Malangnya, kerjayanya makin merudum apabila beliau menghadapi masalah kesihatan. Ketika sedang membuat satu persembahan, tiba-tiba suaranya mempunyai masalah dan menghalangnya untuk menyanyi. Ketika ini, Charlie Chaplin yang ketika itu masih kecil dan menemaninya telah dipanggil ke atas pentas untuk menggantikan ibunya.

Peristiwa bersejarah ini merupakan detik kemunculan pertama Charlie Chaplin dalam dunia hiburan. Malangnya, peristiwa ini juga merupakan permulaan detik hitam ibunya dalam industri hiburan. Akibat kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau tidak lagi mendapat jemputan untuk melakukan persembahan.

Keadaan ini menjadikan beliau sangat tertekan. Ditambah dengan tekanan untuk memelihara dua orang anaknya, beliau akhirnya mendapat sakit mental sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sakit mental untuk menjalani rawatan kesihatan.

Berkali-kali gagal dalam perkahwinan

charlie chaplin dan awek awek muda

Walaupun dianggap sudah berjaya pada ketika itu, beliau tetap dihimpit pelbagai kontroversi dalam hal rumah tangganya. Menjelang 1918, beliau sudah mempunyai syarikat produksinya sendiri yang diberi nama First National. Malangnya, kejayaan dan kekayaan yang dikecapi telah mengubah dirinya menjadi seorang kaki perempuan.

Salah seorang mangsanya adalah Mildred Harris. Pada ketika itu, beliau baru berusia 16 tahun. Charlie telah menggodanya dan kerana mengesyaki wanita tersebut mengandung, beliau telah mengahwininya secara tergesa-gesa untuk menutup malu. Setelah mengetahui wanita tersebut sebenarnya tidak mengandung, beliau telah menyetubuhinya sehingga benar-benar mengandung dan menceraikannya untuk membalas dendam.

Mungkin kerana pengaruh buruk daripadanya bapanya, beliau turut melakukan perkara serupa kepada isterinya yang kedua, iaitu Lita Grey. Mereka bertemu ketika isterinya baru berusia 12 tahun. Ketika isterinya berusia 15 tahun, beliau mengahwininya dan setelah isterinya mengandung, beliau telah menceraikannya pada tahun 1927.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)