schlitzie pada tahun 1932 dalam filem freaks

Mereka menggelarkannya sebagai "The Monkey Girl" dan "The Last of the Aztecs", apabila tidak memanggilnya dengan panggilan "budak bodoh" atau "makhluk aneh". ketika mereka tidak hanya merujuk kepadanya sebagai "pinhead" atau "aneh".

Dan jika tidak, penghibur terkenal ini hanya dikenali sebagai Schilitzie. Bukan sahaja nama sebenarnya tidak diketahui, malah segala mengenai kehidupannya di luar pertunjukan jalanan, tidak diketahui.

Sebaliknya, dunia mengingati Schilitzie disebabkan kecacatannya yang membuatkan membuatkan kepalanya berbentuk tidak normal, kecacatan yang membawa kepada kemahsyuran tetapi akhirnya berakhir dengan kisah sedih.

Kehidupan awal

schlitzie penghibur jalanan

Tersangat sedikit diketahui mengenai kehidupan awal Schlitzie, kecuali kelahirannya iaitu pada tahun 1901, mungkin di Bronx, New York. Nama kelahirannya tidak pasti sama ada Simon Metz atau Shlitze Surtees atau bukan kedua-duanya.

Kekeliruan ini timbul kerana kehidupan awalnya yang mana dia dijaga oleh beberapa orang ibu bapa angkat yang berlainan.

Walaupun fakta-fakta ini agak kabur, namun diketahui bahawa Schlitzie dilahirkan dengan masalah kesihatan yand dikenali sebagai microcephaly.

Kecacatan ini membuatkan otak, tengkorak, dan badan menjadi kecil dan tidak berkembang sama ada ketika lahir atau disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh mencetuskan keadaan tersebut selepas dilahirkan.

Dalam kes Schlitzie, dia mengalami masalah ini sejak dilahirkan dan ia menentukan gaya kehidupannya dari awal hingga akhir.

Masalah ini menjadikannya cacat tahap serius dalam kedua-dua segi fizikal dan mental. Walaupun telah dewasa, Schlitzie hanya mempunyai keupayaan mental sama taraf dengan kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun.

Dia juga hanya boleh bercakap dalam ayat atau frasa yang pendek. Dan sudah tentu, dia memiliki bentuk kepala yang dianggap aneh yang membawa kepada kerjayanya sebagai penghibur pentas seumur hidup.

Schlitzie "The Freak”

schlitzie mengalami kecacatan sejak dilahirkan

Schlitzie menjana pendapatan dengan terlibat dalam hampir setiap sarkas utama awal abad ke-20, termasuk Sarkas Antarabangsa Dobritsch, Ringling Bros dan Barnum & Bailey Circus, Tom Mix Circus, dan Circus Clyde Beatty.

Dia menghabiskan banyak masa membuat persembahan sebagai perempuan di atas pentas walaupun dia adalah seorang lelaki. Oleh itu, dia sering berpakaian seperti perempuan.

Schlitzie dikatakan lebih suka dengan keadaan itu, kerana dengan memakai pakaian wanita memudahkan pengendalinya untuk menukarkan lampinya disebabkan masalah tidak boleh mengawal kencing.

Kemasyhuran Schlitzie benar-benar melonjak pada tahun 1932, ketika dia muncul dalam sebuah filem yang sangat terkenal bertajuk "Freaks".

schlitzie dalam filem freaks

Filem ini dikritik secara meluas kerana sangat seram dan menakutkan, melibatkan "orang aneh," termasuk satu adegan di mana seorang lelaki telah dikasi.

Filem itu juga diselar secara besar-besaran oleh akhbar, di mana The Hollywood Reporter memanggilnya sebagai "serangan keterlaluan terhadap perasaan, perasaan, otak dan perut penonton, serta diharamkan di beberapa buah bandar.

Malah, seorang wanita mengancam untuk menyaman MGM selepas mendakwa bahawa filem itu menyebabkan dia mengalami keguguran.

Akhirnya, MGM memutuskan untuk tidak meneruskan tayangan filem ini, namun  sebuah syarikat pertunjukan jalanan mendapat hak dan menayangkannya di seluruh negara.

Walaupun filem ini dikritik hebat, namun Schlitzie sering mencuri tumpuan. Klip di atas menunjukkan Schlitzie yang bertindak comel dan tidak bersalah, memaparkan sikap yang menjadikannya kegemaran di kalangan pelakon dan kru, dan seterusnya kepada penonton.

Tingkahlaku Schlitzie yang riang seperti kanak-kanak sama ada di atas pentas atau tidak membuatkan orang-orang di sekelilingnya terpesona.

Walaupun dia hampir tidak boleh bercakap, tidak dapat mengawal pundi kencingnya dan memakai gaun di mana-mana, Schlitzie menjadi bintang untuk seketika.

Persembahan harus diteruskan

patung lilin schlitzie

Schlitzie terus melakukan persembahan jalanan selepas kemunculan filemnya.

Dia tidak dapat dipisahkan daripada dunia pertunjukkan jalanan sehinggakan pada tahun 1936, seorang pelatih cimpanzi bernama George Surtees menjadi penjaganya yang sah.

George dilaporkan menyayangi dan menjaga Schlitzie seperti anaknya sebaik mungkin dan ia berlangsung sehinggalah kematian George pada tahun 1965. 

Dihantar ke hospital gila

Kemudian anak George yang tak mahu ada kena mengena dengan Schlitzie telah menghantarnya ke institusi mental di Los Angeles.

Schlitzie kemudian tinggal keseorangan dan kesedihan di hopital mental selama tiga tahun. Walaupun dia tidak pernah memiliki keluarga atau rumah, Schlitzie sangat sukakan sarkas dan berasa ia seperti rumahnya.

Sarkas adalah satu-satunya perkara yang ada dalam hidup Schlitzie.

Secara kebetulan, seorang penghibur jalanan bernama Bill Unks ternampak dan mengenali Schlitzie ketika melakukan persembahan di hospital.

schlitzie

Dengan pantas Bill melobi pihak hospital untuk menjadikannya pengasuh Schlitzie. Pihak hospital membenarkan dan Schlitzie kemudian berada di bawah jagaan dan pulang ke kehidupan lamanya.

Schlitzie kemudian membuat beberapa persembahan dengan Sarkas Antarabangsa Dobritch sebelum bersara dan pulang Los Angeles.

Walaupun telah bersara, Schlitzie akan menghiburkan orang ramai ketika dia memberi makan kepada burung merpati dan itik di Taman MacArthur Park, sebelum akhirnya mati pada tahun 1971.

Sehingga ke saat akhir, Schlitzie tidak pernah mempunyai rumah atau kekayaan walaupun memiliki kemasyhuran. Malah, dia tidak mampu memiliki batu nisan yang baik.

Sehinggalah pada tahun 2007 apabila para peminatnya mengumpulkan wang dan membeli batu nisan hitam yang diletakkan di kuburnya di Los Angeles.

Ia merupakan satu tindakan bagi menghargai seorang lelaki yang memiliki keupayaan minda kanak-kanak tetapi memberikan impak kepada berjuta-juta orang sepanjang hayatnya. 


tags : , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)