Tidak kira berapa banyak gunung yang sudah didaki, bagi kebanyakan pendaki mendaki Gunung Everest mungkin bukanlah antara "wishlist" yang ada dalam senarai gunung yang ingin didaki. Hal ini kerana faktor keselamatan dan cuaca yang sangat ekstrim di mana tidak ramai yang mampu mendaki dan menuruninya dengan selamat.

Untuk rekod, sebanyak 280 rekod kematian telah dicatatkan sepanjang 60 tahun kebelakangan ini. Maka, tidak hairanlah Gunung Everest juga terkenal sebagai kawasan perkuburan tertinggi di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan pendaki yang menemui ajal di gunung ini bukanlah mereka yang amatur, sebaliknya mereka yang telah mempunyai pengalaman luas dalam dunia pendakian. Antaranya adalah Hannelore Schmatz. Beliau merupakan wanita pertama yang menjadi mangsa korban gunung ini.

Ekspedisi Gunung Everest bersama suami

base camp gunung everest

Hannelore Schmatz merupakan seorang pendaki berpengalaman. Pada tahun 1970, beliau telah melakukan ekspedisi mendaki Gunung Everest bersama suaminya Gerhard. Keduanya berjaya sampai ke puncak dalam ekspedisi tersebut.

Kejayaan tersebut membolehkan Gerhard diiktiraf sebagai pendaki tertua yang berjaya mendaki Gunung Everest pada ketika itu. Kumpulan ekspedisi itu turut disertai oleh 8 orang pendaki dan 5 orang sherpa. Sherpa adalah penduduk tempatan yang bertugas menjadi pemandu arah bagi para pendaki.

Malangnya, Hannelore Schmatz dan seorang lagi pendaki terkorban ketika dalam perjalanan turun ke kem tempat perkumpulan kumpulan pendaki tersebut. Mereka hanya kira-kira 92 meter sahaja lagi hendak sampai ke kem.

Akibat terlampau kepenatan, beliau dan rakannya Ray Genet telah mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan memasang khemah untuk berteduh. Keduanya juga mengambil kesempatan untuk tidur di dalam beg tidur (sleeping bag) kerana terlalu penat dan tidak mampu meneruskan perjalanan.

Bahaya hypothermia ketika mendaki

Sherpa yang mengiringi mereka telah memberi amaran kepada keduanya agar meneruskan perjalanan ke kem berkumpul kerana pada ketinggian 8300 meter tersebut, ianya adalah sangat berbahaya. Kawasan tersebut juga dikenali sebagai Death Zon (Zon Maut) kerana suhu yang terlalu rendah.

Malangnya, amaran daripada Sherpa tersebut tidak diendahkan. Pada malam tersebut, sebuah ribut salji yang dahsyat telah melanda. Hal ini menyebabkan cuaca menjadi sangat sejuk dan Genet telah mati kerana mengalami hypothermia.

Menurut pendapat beberapa orang pakar, Schmatz juga dikatakan mati akibat hypothermia. Ketika kejadian, beliau telah duduk berehat dengan bersandarkan bag galasnya sebelum tertidur. Malangnya, beliau terus tidur buat selamanya. Kebanyakan pakar berpendapat Schmatz mati kerana keadaan tubuh badannya yang lemah kerana kepenatan, selain cuaca yang tersangat sejuk.

Beliau menjadi wanita pertama dan rakyat Jerman pertama yang menjadi mangsa korban Gunun Everest. Sherpa dan juga pihak polis Nepal pernah dihantar untuk membawa turun mayat Schmatz malangnya mereka juga menemui ajal. Semenjak daripada kes tersebut, tiada sesiapapun yang meneruskan usaha membawa turun mayat Schmatz.

Setelah kematiannya, mayatnya seolah-olah telah menjadi penunjuk arah kepada para pendaki. Kawasan kematiannya juga menjadi tanda kawasan Death Zone, iaitu kawasan dimana lapisan oksiden tersangatlah rendah. Kira-kira 150 orang pendaki dikatakan menemui ajal di kawasan ini.

Pada hari ini, mayat Schmatz tidak lagi wujud kerana telah ditiup ribut taufan dan tidak dapat ditemui lagi.

Tips untuk mengelakkan hypothermia ketika hiking di Malaysia

Walaupun Malaysia tidak mempunyai musim sejuk, sekiranya anda mendaki di gunung-gunung yang tinggi seperti gunung G7 atau G12, anda juga sebenarnya mempunyai risiko untuk mendapat hypothermia terutamanya ketika musim hujan.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, biasakan membawa selimut keselamatan (emergency blanket) yang boleh didapati dikedai-kedai aktiviti sukan. Harganya tidaklah begitu mahal, boleh dibeli serendah RM10. 

Kredit:

  1. Gizmodo
  2. Everest: Eighty Years of Triumph and Tragedy
  3. The Post Mortem Post



Hakcipta iluminasi.com (2017)