Sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay menjadi manusia pertama sampai ke puncak Gunung Everest pada tahun 1953, ramai pendaki daripada seluruh dunia mengambilnya sebagai inspirasi dan mula menanam cita-cita yang sama untuk sampai ke puncak Gunung Everest.

Setiap tahun, puluhan hingga ratusan pendaki melakukan pendaki ingin melakukan perkara yang sama. Tempoh dibenarkan pendakian di Gunung Everst adalah singkat dan kebiasaannya pendaki dibenarkan mendaki gunung ini pada bulan Mei ketika musim bunga.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun ini, sesuatu yang menarik tetapi menyedihkan telah berlaku. Kerana jumlah pendaki yang terlalu ramai, lebih 11 orang pendaki telah terkorban. Hal ini dikatakan kerena mereka terpaksa menunggu lama sebelum mendapat giliran untuk sampai dan bergambar di puncak.

Akibat daripada kesesakan trafik ini, pendaki yang menunggu berdepan dengan pelbagai risiko yang boleh mengorbankan nyawa seperti acute mountain sickness (AMS), frostbite dan juga kekurangan oksigen. Tanpa ketahanan diri dan latihan yang mencukupi, risiko kematian sangatlah tinggi buat mana-mana pendaki

Pertambahan jumlah pendaki ini dikatakan kerana makin banyak syarikat penganjur yang menawarkan pendakian ke puncak Gunung Everest. Ia juga turut didorong dengan mitos-mitos kehebatan Gunung Everest itu sendiri sehingga membuatkan ramai pendaki menganggap pendakian ke puncak Gunung Everest tidak begitu sukar dan berbaloi untuk merisikokan nyawa untuk menawan gunung ini.

Senarai di bawah merupakan 5 mitos popular mengenai pendakian Gunung Everest. Kami percaya sebahagian besar daripada pembaca Iluminasi pasti pernah mendengar mengenai mitos ini dan mungkin mempercayai sebahagian daripadanya.

Mitos 1: Gunung Everst merupakan gunung tertinggi di dunia

mauna kea

Sejak sekian lamanya, kita disajikan fakta yang mengatakan Gunung Everest sebagai gunung tertinggi di dunia. Jadi, pastinya sesuatu yang membanggakan bukan sekiranya dapat menawan puncak gunung ini?

Untuk info, ketinggian rasmi Gunung Everest adalah 8,848 m. Namun, sebenarnya terdapat sebuah gunung berapi yang mempunyai ketinggian lebih tinggi iaitu Gunung Berapi Mauna Kea. Gunung ini mempunyai ketinggian keseluruhan 10,211 meter namun hanya 4,205 meter berada di atas permukaan laut sementara selebihnya 6,000 meter di bawah permukaan laut.

Mitos 2: Hanya pendaki terpilih yang layak mendaki Gunung Everst

mitos gunung everest

Mendaki gunung ini bukanlah tugasan mudah. Selain suhu bawah takat beku, angin yang kuat, kekurangan oksigen dan pelbagai faktor lain menjadikannya sukar. Sejak 1922, lebih 200 orang telah meninggal dunia dalam percubaan menawan puncak gunung ini. Kadar peratusan pendaki yang berjaya sampai ke puncak juga hanya 29%.

Namun, kesukaran ini tidak bermakna hanya pendaki terpilih sahaja yang dibenarkan mendaki. Sesiapa sahaja boleh mendaki gunung ini asalkan mendapat permit daripada berkuasa tempatan pada kos sekitar $11 ribu. Pada tahun 2019 sahaja, kerajaan Nepal sudah mengeluarkan lebih 400 permit untuk mendaki gunung ini.

Mitos 3: Anda mestilah melakukan persiapan selama bertahun-tahun lamanya

sherpa gunung everest

Tidak benar. Kerajaan Nepal tidak mewajibkan seseorang pendaki itu mempunyai pengalaman atau latihan tertentu yang perlu dilalui untuk memohon permit. Malah, kini terdapat beberapa agensi antarabangsa dan tempatan di Nepal yang sedia membantu menguruskan segalanya daripada permit, latihan dan segala keperluan pendakian. Apa yang diperlukan hanyalah wang.

Namun, sekiranya anda benar-benar mahu mendaki Gunung Everest, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan konsultasi daripada pendaki yang lebih berpengalaman dan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

Mitos 4: Gunung Everest merupakan gunung paling sukar didaki

kesesakan di everest 479

Setiap gunung mempunyai cabarannya yang tersendiri, termasuklah Gunung Everest. Sejak 1922, lebih 200 orang telah terkorban dalam cubaan menawan puncak. Namun itu, tidak bermakna ianya sukar memandangkan terlebih 5000 pendaki yang pernah sampai ke puncak melalui dua laluan utama daripada Nepal dan Tibet.

Menurut ramai pendaki berpengalaman, K2, iaitu gunung yang berada di tempat kedua selepas Gunung Everest dan Gunung  Nuptse yang terletak bersebelahan dengan gunung ini sebenarnya lagi sukar. Namun, ramai pendaki tidak memilih kedua gunung ini untuk mencabar diri sebaliknya memilih Gunung Everest kerana popularitinya.

Mitos 5: Gunung Everest merupakan kawasan timbunan sampah tertinggi dunia

sampah di everest 253

Seperti juga gunung-gunung lain di Malaysia, Gunung Everest juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa pendaki yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata. Namun itu, tidak bermakna ianya menjadi pusat buangan sampah tertinggi di dunia seperti yang biasa diperkatakan.

Peningkatan suhu dunia menyebabkan ais mula mencair dan mendedahkan sampah-sampah lama daripada timbunan salji. Namun, sampah-sampah ini biasanya akan dikutip dan dibawa turun oleh beberapa pihak bertanggungjawab. Asian Trekking, salah sebuah agensi pendakian tempatan biasanya akan menganjurkan ekspedisi khas setiap tahun untuk tujuan mengutip sampah-sampah ini.

Malah, ganjaran khas turut diberikan untuk pendaki yang membawa turun tangki oksigen bantuan. Pada tahun 2015, sepasukan askar dari India telah dikerah ke Everest Base Camp (EBC) selepas kejadian gempa bumi bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan ini.

Kredit:

  1. CNN Travel
  2. Nepal Sanctuary Treks
  3. Travel Tweaks



Hakcipta iluminasi.com (2017)