sejarah alibaba

Kita sudah banyak kali dipaparkan dengan kisah Jack Ma dan syarikat gergasi e-dagangnya, Alibaba. Namun, pernahkah anda tertanya, daripada manakah beliau mendapat idea atau inspirasi untuk menamakan syarikatnya "Alibaba"?

Jika dilihat pada perkataan "Alibaba" itu sendiripun, ianya tiada langsung kaitan dengan bahasa Mandarin mahupun budaya China. Perkataan Alibaba ini lebih dekat dengan orang Arab.

Apabila merujuk pada laman web rasmi Alibaba, mereka menjelaskan secara ringkas bahawa nama Alibaba dipilih memandangkan ianya merupakan perkataan yang sudah dikenali secara global (disebabkan kisah rakyat orang Arab) dan mudah disebut. 

Bagi orang Melayu pula, perkataan Alibaba ini sangat popular dan pernah digunakan dalam filem arwah seniman P Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok yang memaparkan P Ramlee sebagai sorang ketua kepada 40 orang pencuri atau penyamun.

Inspirasi daripada kisah rakyat Arab

jack ma pengasas alibaba 384

Nama Alibaba pada syarikat teknologi gergasi dari China ini berasal dari idea oleh pengasas dan CEO syarikat itu sendiri, Jack Ma. Sebagai seorang bekas guru Bahasa Inggeris, Jack  Ma mengetahui kisah Ali Baba dan 40 Pencuri dari koleksi kisah rakyat Arab yang disebut One Thousand and One Nights.

Ya, bagi yang tidak tahu, kisah Alibaba dan 40 orang pencuri yang dihasilkan oleh P Ramlee mendapat inspirasi daripada kisah rakyat orang Arab "Ali Baba dan 40 Pencuri " yang dihasilkan pada tahun 1909. Malah, nama sebahagian watak yang digunakan seperti Ali Baba dan Kassim Baba juga adalah sama dengan kisah versi bahasa Arab.

Dalam sebuah wawancara dalam program CNN's Talk Asia pada 2006, Jack Ma memberitahu bahawa pada ketika itu beliau berada di sebuah kedai kopi di San Francisco ketika idea tersebut muncul. Lalu, beliau bertanyakan kepada pelayan di kedai tersebut sama ada pernah mendengar mengenai kisah Alibaba" tersebut.

kenapa jack ma guna nama alibaba ali baba

Jack Ma bertanya, "Apakah yang anda tahu mengenai Alibaba?"

Pelayan wanita tersebut menjawab "Open Sesame"

Maka, Jack Ma berkata pada dirinya, "Ya, inilah nama yang sesuai!"

Bagi yang tidak tahu, frasa "Open Sesame" diiungkapkan oleh ketua pencuri untuk membuka pintu gua yang menjadi lokasi persembunyian dan penyimpanan harta yang dicuri. Walau bagaimanapun, dalam karya P Ramlee, frasa ini telah diubah.

Kemudian, Jack Ma telah keluar daripada kedai tersebut dan mula bertanyakan secara rawak kepada para pejalan kaki sama ad mereka pernah mndengar mengenai kisah Alibaba ini. Rata-rata daripadanya pernah mendengar mengenainya. Ada yang berasal dari India, Jerman, Tokyo and China  dan kesemuanya pernah mendengar mengenai kisah Alibaba.

Kisah Alibaba dan 40 orang pencuri

kisah alibaba dan pencuri

"Ali Baba dan 40 Pencuri" adalah kisah rakyat yang ditambahkan dalam buku One Thousand and One Nights pada abad ke-18 oleh penterjemah Perancis, Antoine Galland, yang mendengarnya dari pencerita Hanna Diyab.

Sebagai salah satu kisah rakyat yang paling terkenal, kisah ini telah banyak diceritakan kembali dan dilakonkan di banyak media terutamanya untuk kanak-kanak. Di Malaysia, P Ramlee telah melakonkannya kembali dallam filem Ali Baba Bujang  Lapok.

Dalam versi aslinya, Ali Baba adalah seorang pemotong kayu miskin yang mengetahui rahsia sarang pencuri. Alibaba berjaya menyelinap masuk ke dalamnya dengan menyebut frasa ajaib "Open Sesame".

Kumpulan pencuri tersebut cuba membunuh Ali Baba, tetapi seorang hamba wanita Ali Baba berjaya mengagalkan rancangan mereka. Anak Ali Baba menikahinya dan Ali Baba terus menyimpan rahsia mengenai harta karun tersebut 

Watak Ali Baba sebagai inspirasi

logo alibaba 536

Ma menyukai nama itu kerana "Ali Baba adalah seorang perniagaan yang baik, pintar dan dia gemar menolong kampung kampung," katanya. Daripada watak ini, Jack Ma melalui syarikat Alibaba bercita-cita membuka jalan untuk syarikat kecil hingga sederhana untuk berniaga.

Di China syarikat itu disebut 阿里巴巴 ,disebut sebagai A li ba ba, transliterasi langsung dari nama Arab. Kumpulan Alibaba terdiri daripada pelbagai platform e-dagang. Alibaba adalah laman web perniagaan-ke-perniagaan yang membolehkan syarikat-syarikat di China lebih mudah menjual kepada para pengguna. 

Terdapat juga Taobao, laman web untuk menghubungkan pengguna dengan pengguna seperti eBay, di mana individu boleh membeli dan menjual barang. Nama dalam bahasa Cina ialah 淘 宝, tao bo yang bermaksud "mencari harta karun atau mencari permata di padang pasir".

Idea di sebalik nama itu ialah pengguna dapat mencari "harta karun" iaitu apa  sahaja barang di laman web ini. Pada awalnya Jack Ma berfikir untuk memanggilnya Ali Mama, kerana Baba adalah perkataan dalam bahasa Cina untuk ayah, tetapi memutuskan untuk tidak menggunakannya.

Selain itu terdapat juga Tmall (asalnya Taobao Mall) di mana peruncit boleh membuka kedai dalam talian di dalam "pusat membeli-belah" secara maya. Setiap transaksi adalah sepenuhnya secara langsung antara pengguna dan peruncit, tetapi Tmall mengambil sedikit peratusan daripada setiap traksaksi jualan. 

Kredit:

  1. ABC News
  2. USA Today
  3. Slate


Hakcipta iluminasi.com (2017)