Dalam masa 30 tahun lagi, Jack Ma yang merupakan pengasas syarikat e-dagang gergasi Alibaba meramalkan perubahan yang tersangat besar dalam bidang pekerjaan akan berlaku.

Menurut Jack Ma, kecerdasan buatan (AI) akan mengatasi pengetahuan manusia yang membawa kepada kehilangan pekerjaan.

Bagi mereka yang mampu mengikuti arus perubahan ini, golongan ini akan menjadi bertambah kaya dan berjaya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

nak kaya macam jack ma ikuti langkah ini

Namun, mereka yang ketinggalan akan tersungkur dan masa depan akan sangat "menyakitkan".

Teknologi masa kini yang sangat pantas berkembang berpusar kepada satu perkara penting, iaitu DATA.

Menurut unjuran beliau untuk pasaran kerja masa depan, kemahiran yang berkaitan dengan data dan analisis mengenainya akan menjadi sangat berharga.

"Dunia akan menjadi semata-mata tentang maklumat dan saya rasakan ini hanya satu permulaan kepada zaman maklumat," kata Jack Ma.

Alibaba memilih jumlah maklumat pelanggannya yang sangat luar biasa di mana ramai yang melawat laman sesawang Alibaba sebanyak beberapa kali dalam sehari.

elon musk

(Elon Musk)

Jack Ma bukanlah satu-satunya pemimpin perniagaan yang telah menekankan betapa pentingnya kemahiran analisis.

CEO SpaceX dan Tesla, Elon Musk, kini sedang menjalankan projek untuk mengaitkan otak manusia dengan komputer, yang akan meningkatkan kelajuan pemprosesan data otak manusia yang "sangat perlahan".

Manakala pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, berkata keupayaan memanfaatkan maklumat akan mengubah kesihatan global ke arah lebih baik dan mencegah penyebaran penyakit.

eric schmidt bekas ceo google

(Eric Scmidt)

Eric Schmidt, bekas pengerusi eksekutif syarikat induk Google Alphabet dan Jonathan Rosenberg, penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Larry Page, bersetuju bahawa analisis data adalah kemahiran yang harus dipelajari oleh golongan profesional muda dengan lebih lanjut.

"Saya berpendapat bahawa pemahaman dasar analisis data sangat penting untuk generasi muda generasi ini. Inilah dunia yang anda semua akan hadapi satu hari nanti," kata Eric Scmidt. 

Rujukan:

1. CNBC

2. SCMP

3. Alizila




Hakcipta iluminasi.com (2017)