sejarah internet

Pada masa kini, memuatnaik gambar anda ke internet bukanlah perkara yang sukar. Malah, laman-laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menjadi pilihan bagi para penggunanya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur untuk berkongsi gambar-gambar mereka dengan kenalan di laman sosial.

Semuanya boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja. Malah, kanak-kanak pun melakukannya sendiri kerana ianya semudah ABC. Cuma yang anda perlukan adalah sambungan internet yang pantas dan bagus.

Pernahkah anda terfikir, apakah gambar pertama yang dimuatnaik ke internet?

Gambar kumpulan komedi Les Horribles Cernettes

gambar pertama internet

Gambar yang anda lihat di atas dipercayai merupakan gambar pertama yang dimuatnaik ke internet oleh Tim Berners Lee yang merupakan individu bertanggungjawab (bersama kumpulannya) untuk mencipta rangkaian internet.

Ianya adalah gambar ahli kumpulan komedi Les Horribles Cernettes yang berpangkalan di Switzerland, lokasi sama yang menjadi makmal CERN. CERN merupakan akronim bagi European Organization for Nuclear Research, salah satu pusat penyelidikan saintifik terbesar dan paling dihormati di dunia dan berpangkalan di Switzerland.

Kumpulan ini diketuai oleh Michele de Gennaro, seorang penghasil grafik 3D di CERN. Gambar bersejarah ini telah diambil pada tahun 1992 oleh Silvano de Gennarodi di belakang pentas pada majlis Hadronic Music Festival. Silvano de Gennarodi  ketika itu merupakan teman lelaki kepada Michele dan turut bekerja di CERN sebagai pembangun IT.

Gambar ini dambil menggunakan kamera Canon model EOS 650 dan dibuat sedikit suntingan penambahan tulisan Les Horribles Cernettes berwarna merah jambu menggunakan sebuah perisian yang dipercayai sebagai versi pertama perisian suntingan gambar popular Photoshop.

Les Horribles Cernettes ketika itu lebih dikenali sebagai kumpulan parodi kerana dianggotai oleh mereka yang nerd yang gemar membuat jenaka. Namun, Silvano de Gennarodi tidak pernah menyangka gambar yang sebenarnya disunting untuk dijadikan poster bagi mempromosikan kumpulan tersebut mencipta sejarah sebagai gambar pertama yng dimuatnaik ke internet.

Kemajuan dalam dunia internet

laman web pertama 244

Bagi kebanyakan daripada kita, gambar tersebut mungkin tidak membawa apa-apa makna. Bagaimanapun, fungsi atau kebolehan memuatnaik gambar ke internet ini telah membuka lembaran baru dalam dunia internet.

Rangkaian internet dikatakan bermula pada 20 Disember 1990 hasil idea Tim Berners Lee ketika beliau bekerja sebagai konsultan perisian di CERN. Cita-citanya ketika itu adalah jelas - ingin membina sebuah rangkaian maya yang membolehkan para saintis menghubungkan pangkalan data antara satu sama lain di seluruh dunia.

Laman web pertama (seperti gambar di atas) memaparkan secara terperinci maklumat teknikal bagaimana format HTML berfungsi kepada ahli-ahli kumpulan yang terlibat dalam projek tersebut. Segalanya dihoskan dalam komputer NeXT milik Tim Berners Lee sendiri.

Pada beberapa tahun awal kewujudan laman web tersebut, ia sememangnya menjadi medium kepada para saintis untuk bertukar-tukar maklumat mengenai kajian saintifik mereka. Lama-kelamaan, ianya sedikit berubaha apabila teknologi baru mula membolehkan sokonngan lbih daripada sekadar teks.

Sokongan fungsi imej berformat GIF 

pangkalan data pertama

Komputer Tim Berners Lee yang dipercayai menjadi hos pertama rangkaian internet 

Michele de Gennaro mengambil gambar Les Horribles Cernette di atas pada 18 Julai 1992. Ketika itu, kebetulan Tim Berners Lee juga sedang membangunkan sebuah perisian yang membolehkan imej berformat GIF dipapar dan disokong di laman web.

Pada satu hari, beliau telah meminta Michele de Gennaro yang duduk berhampiran dengannya untuk memberinya gambar untuk cuba dimuatnaik ke intrnet. Maka, Michele de Gennaro telah scan gambar tersebut dan memberinya kepada Tim Berners Lee.

Mungkin anda menyangka gambar pertama yang dimuatnaik ke internet sudah pastilah sesuatu yang bermakna atau gambar yang diambil oleh jurugambar popular. Malangnya, hanya gambar yang discan daripada gambar poster Les Horribles Cernettes yang menjadi gambar pertama di internet.

pencipta internet

Tim Berners Lee juga merupakan peminat kumpulan tersebut, maka ianya merupakan sebuah penghargaan besar kepada kumpulan tersebut kerana gambar meraka merupakan sebahagian daripada sejarah.

Sehingga saat tersebut, laman web telah menjadi tempat yang sangat serius yang hanya digunakan oleh para saintis untuk bertukar-tukar info mengenai kajian mereka. Sedar akan popularitinya yang semakin meningkat naik, Tim Berners Lee sedar medium internet ini boleh digunakan oleh lebih ramai pihak dan bukan sekadar tempat para sainstis bertukar-tukar info.

Disebabkan itulah beliau telah berekpserimen dengan membangunkan perisian yang boleh menyokong muatnaik gambar ke internet. Beliau mahu menjadikan internet sebagai satu medium yang menarik maka apa yang dilakukannya? Dengan memuatnaik gambar wanita cantik.

Kredit:

  1. Mashable
  2. Wikipedia
  3. Gizmodo


Hakcipta iluminasi.com (2017)