Oleh pada 14 Oct 2019 kategori

Ketika berusia 15 tahun, Juaquin Guzman bersama empat orang sepupunya telah memulakan perniagaan penanaman dan pengedaran marijuana (ganja) di Sinaloa, ibu kota dadah Mexico.

Usaha mereka sangat berjaya dan membolehkan Guzman menyara keluarganya walaupun masih muda. Perniagaan itu berterusan sehingga hari ini. Guzman yang lebih dikenali sebagai 'El Chapo' ('Si Pendek' dalam bahasa Sepanyol) adalah salah seorang Raja Dadah paling kaya dan berkuasa di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sama hebat seperti Pablo Escobar

Pada tahun 2009, Forbes menganggarkan bahawa nilai bersih kekayaan El Chapo adalah USD 1 billion manakala media terkenal British pula, The Independent, menamakan El Chapo sebagai orang ke-48 paling berkuasa dunia.

el chapo ditangkap

Menurut sesetengah laporan lagi, empayar dadah El Chapo mendapat pendapatan tahunan melebihi USD 3 billion. Sementara itu, Drug Enforcement Administration (DEA) pula menganggarkan bahawa El Chapo sepadan dengan pengaruh dan kekayaan Pablo Escobar.

Pada musim panas 2015, El Chapo telah menarik perhatian antarabangsa selepas berjaya melarikan diri dari penjara persekutuan keselamatan maksimum untuk kali kedua. Ketika menjadi pelarian, El Chapo sempat mengaturkan wawancara bersama pelakon Sean Penn untuk majalah Rolling Stone.

Dalam wawancaranya, El Chapo mendakwa dia membekalkan lebih banyak heroin, methamphetamine, kokain dan ganja berbanding orang lain dalam dunia. Dia juga mendedahkan bahawa dia mempunyai armada kapal selam, pesawat, trak dan bot untuk melakukan aktivitinya itu.

temubual sean penn bersama el chapo

Pelakon Sean Penn menemubual El Chapo

Dia akhirnya ditangkap semula oleh Tentera Laut Mexico pada awal 2016. Jabatan Negara Amerika Syarikat melaporkan bahawa kartel dadah El Chapo telah menyeludup beberapa tan narkotik dari Amerika Selatan ke Mexico untuk mengedarkannya ke Amerika Syarikat, Canada, Eropah, Asia dan Australia.

Berikut adalah kisah bagaimana Joaquín ‘El Chapo’ Guzmán, seorang budak dari bandar kecil Mexico menjadi salah seorang lelaki terkaya dunia dan penjenayah paling hebat.

Kisah awal Raja Dadah El Chapo

joaquin el chapo guzman

Dia dilahirkan di sebuah bandar terpencil bernama La Tuna yang terletak di negeri Sinaloa, Mexico. Terdapat perselisihan tentang tarikh Raja Dadah ini dilahirkan. Ada yang mengatakan dia lahir pada Krismas 1954, ada juga yang mengatakan dia lahir tiga tahun kemudian pada 4 April 1957.

Seperti kebayakan orang yang tinggal di La Tuna, bapa El Chapo, Emilio Guzmán Bustillos, bekerja di ladang ternakan lembu. Untuk mendapatkan pendapatan lebih, Emilio menanam dan menjual candu popi iaitu tumbuhan yang menjadi sumber kebanyakan dadah termasuk Heroin.

Malah, Emilio adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan anaknya ke dunia narkotik. Selepas berhenti sekolah ketika di gred ketiga, El Chapo dan abang-abangnya membantu bapa mereka di kebun popinya.

Permulaan awal dalam jenayah terancang

el chapo

Walaupun mempunyai keuntungan dalam perniagaan dadahnya, bapa El Chapo tidak dapat menyediakan keperluan bagi keluarganya sendiri kerana sering menghabiskan wangnya untuk pelacur dan alkohol.

Tindakan bapanya itu mengecewakan El Chapo menyebabkan dia memulakan perniagaan dadah sendiri bagi menampung keperluan keluarganya. Ia juga merupakan pengalaman belajar bagi El Chapo dan sepupu-sepupunya tentang selok-belok dunia dadah.

Setelah beberapa tahun mengendalikan perniagaan menjual ganja, El Chapo memutuskan untuk meninggalkan kampung halamannya untuk melanjutkan kerjaya dalam jenayah terancang.

Mewarisi kawasan berharga

miguel ngel felix gallardo

Miguel Ángel Felix Gallardo

Tidak lama selepas meninggalkan La Tuna, El Chapo menyertai Kartel Guadalajara yang merupakan organisasi penyeludupan dadah terkemuka di Mexico yang diasaskan oleh Miguel Ángel Felix Gallardo.

Pada awal penyertaannya dengan kartel itu, El Chapo bekerja di belakang tadbir operasi sahaja. Di sana dia ditugaskan untuk menyelia logistik dan penghantaran dadah dari Colombia ke Mexico.

ketua dadah mexico yang dikehendaki pihak berkuasa 75

Ketua-ketua dadah Mexico yang dikehendaki pihak berkuasa

Pada tahun 1985, pengasas kartel itu iaitu Gallardo telah ditangkap kerana membunuh seorang agen Amerika Syarikat dari DEA (Agensi Penguatkuasaan Dadah. Akibatnya, ahli-ahli kartel yang lain bersetuju untuk membubarkan organisasi itu dan membahagikan pemilikan wilayah-wilayah di bawah kawalan kartel itu.

Habuan yang diterima oleh El Chapo dalam pembahagian kawasan itu adalah Sinaloa dan kawasan Pantai Pasifik. Dia kemudiannya menubuhkan kartel sendiri yang dinamakan sebagai Kartel Sinaloa.

Meluaskan empayar dadah

anggota kartel sinaloa

Wartawan menemuramah anggota-anggota Kartel Sinaloa

Sejak menubuhkan Kartel Sinaloa pada tahun 1989, El Chapo telah berjaya mengembangkan organisasinya menjadi sindiket dadah terbesar dunia. Salah satu sebab utama mengapa kartel itu mampu berkembang dengan pesat adalah kerana El Chapo berjaya mengedarkan dadahnya di Amerika Syarikat tanpa gangguan polis.

Dia menggunakan pelbagai teknik penyeludupan dan antaranya adalah menggunakan beberapa terowong bawah tanah yang berhawa dingin di bawah sempadan Mexico-Amerika. Selain itu, Kartel Sinaloa juga menyembunyikan kokain dalam alat pemadam kebakaran dan tin-tin yang dilabelkan sebagai "serbuk lada".

dadah milik kartel sinaloa yang dirampas

Dadah Kartel Sinaloa yang dirampas pihak berkuasa

Dia menggunakan jurutera dan tenaga profesional lain yang tidak mempunyai pekerjaan untuk membina terowong-terowong rahsia ini atau digelar sebagai 'laluan tikus'.

Keganasan juga memainkan peranan penting dalam memperluaskan jajahan Kartel Sinaloa. Dalam satu artikel majalah Time pada 2009 mendedahkan bahawa El Chapo pernah memberitahu bahawa kartelnya melakukan lebih daripada 1,000 pembunuhan di seluruh Mexico.

Didakwa di Amerika Syarikat

el chapo ditahan pihak berkuasa 851

Pada 8 Januari 2016, satu misi dinamakan Operasi Angsa Hitam telah dijalankan untuk menangkap El Chapo. Ketika kediamannya di utara Sinaloa diserbu 17 anggota khas Tentera Laut dibantu oleh Tentera Mexico dan Polis Persekutuan, El Chapo dan orang kanannya berjaya melarikan diri menggunakan terowong rahsia sejauh 1.5 km.

Dia kemudian dipintas sepasukan polis kira-kira 20km dari selatan Los Mochis berhampiran bandar Juan Jose Rios. El Chapo cuba untuk merasuah empat orang anggota polis tetapi ditolak mereka.

el chapo dibawa untuk perbicaraan

Pihak pegawai atasan polis mendapat maklumat bahawa sekumpulan 40 orang pembunuh upahan dalam perjalanan untuk membebaskan El Chapo. Empat orang pegawai polis itu diperintahkan membawa lari El Chapo untuk bersembunyi di sebuah motel di pinggir bandar itu bagi mengelakkan terjadinya sebarang pertempuran.

Sehingga Februari 2016, tiga daripada sepupunya telah dipenjarakan kerana jenayah berkaitan dadah dan seorang sepupunya, Arturo Beltran Leyva, terbunuh ketika kejadian tembak-menembak dengan Tentera Laut Mexico pada tahun 2009. Ketika itu, Arturo adalah salah seorang ketua dadah paling dikehendaki di Mexico.

pihak berkuasa menghapuskan dadah kartel sinaloa yang dirampas

Pihak berkuasa melupuskan dadah yang dirampas dari Kartel Sinaloa

Raja Dadah itu akhirnya diserahkan kepada Tentera Laut dan ditahan untuk kali ketiga. Dia dihantar kerajaan Mexico untuk menjalani perbicaraan di Amerika Syarikat memandangkan sudah dua kali melarikan diri dari penjara.

Pada 19 Januari 2017, El Chapo telah dibawa ke Amerika Syarikat dan dibicarakan di New York. Ketika dibicarakan, pihak DEA mendakwa Kartel Sinaloa mempunyai kekayaan sebanyak USD 14 billion dan ingin semua harta itu dibekukan atau dirampas.

Rujukan:

1. Bagaimana Raja Dadah El Chapo menjadi billionaire

2. Harta kekayaan Kartel Sinaloa mencecah USD 14 billion

3. Bagaimana El Chapo menjadi Raja Dadah terkenal dunia




Hakcipta iluminasi.com (2017)