Kredit foto: BH Online & Beautifulnara

Terpancar jelas perasaan gembira di wajah aktres Izara Aishah, dan tunangnya, Adib Khalid apabila menerima pemberian perkahwinan berupa sebuah kereta Rolls-Royce!

Momen itu terakam dalam sebuah video selama 41 saat yang menjadi tular di media sosial, memaparkan pasangan ini sedang meninjau kereta mewah tersebut - turut kelihatan sama abang sulung kepada Adib, Anas Khalid.

Berdasarkan isi perbualan mereka, difahamkan hadiah istimewa itu daripada Anas buat bakal mempelai ini.

"Macam mana perasaan beli kereta baharu, sebagai hadiah perkahwinan awak," suara Anas menyapa Adib, 27 di awal video. Adib nampak terkejut namun masih tersenyum lebar.

Bakal suami Izara yang juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studio itu tanpa berlengah merakamkan penghargaan kepada abangnya.

Menurut laporan BH Online, kereta model Phantom berspesifikasi cukup mewah itu mempunyai perincian dalaman yang memenuhi kepuasan pemandu, dalam anggaran mencecah RM1 juta.

Pasangan yang bertunang pada 17 Julai lalu ini akan bernikah pada esok, sebelum melangsungkan majlis resepsi di sebuah hotel di ibu kota pada Ahad ini.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)