Pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid diraikan dalam sebuah majlis resepsi penuh meriah berlangsung di Hotel Mandrin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

Penampilan Izara yang memukau bak bidadari mencuri perhatian tetamu yang hadir.

Aktres jelita ini menggunakan khidmat pereka fesyen Rizman Ruzaini untuk persalinannya - berupa busana pengantin berona putih dengan percikkan warna silver di bahu dan gaun yang meleret.

Kali ini beliau tidak lagi mengenakan veil, sebaliknya hanya menyarung mahkota ringkas, namun kelihatan cukup sempurna di sisi Adib yang segak dalam sut putih.

Bukan sahaja persalinan, malah hiasan pelamin yang mewah turut mendapat pujian ramai.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis termasuk ahli keluarga pengantin, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K dan beberapa tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan suami.

Manakala rakan selebriti yang turut kelihatan adalah Neelofa dan Farah Nabilah.

Berikut kami kongsikan foto-foto menarik majlis tersebut yang dimuat naik di media sosial menggunakan hashtag #Adibizara.

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 2

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 3

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 4

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 5

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 6

izara aishah umpama bidadari di majlis resepsi 7

Kredit foto: Instagram Rizman Ruzaini & Astro Gempak

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)