Oleh pada 17 May 2017 kategori

penjelasan izara aishah isu video kontroversi 1

Kredit foto: Instagram Izara Aishah 

Susulan video kontroversinya yang menjadi tular, aktres Izara Aishah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Instagram.

Dalam kiriman itu, Izara melahirkan rasa bersalah terutamanya kepada ibu bapa dan peminatnya yang mungkin terkesan dengan video tersebut.

Namun dia menafikan video berkenaan adalah daripada rakaman sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung baru-baru ini. Sebaliknya video tersebut adalah rakaman lama pada tahun lalu ketika dia menghadiri salah sebuah acara fesyen.

"Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then (maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan," dedah Izara dalam kiriman tersebut.

Begitupun, Izara mengakui telahpun sedar akan penularan video tersebut sejak Sabtu lalu, namun hanya mula tersebar di laman sosial sejak dua hari lepas. 

penjelasan izara aishah isu video kontroversi 2

Kredit foto: Instagram Izara Aishah

Enggan menghukum pihak yang cuba memburukkan dirinya, Izara menganggap situasi tersebut sebagai ujian dan sudahpun memaafkan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkannya.

"Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua".

penjelasan izara aishah isu video kontroversi 3

Kredit foto: Instagram Izara Aishah 


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)