Oleh pada 29 Sep 2017 kategori

siapa balas e mel siti nurhaliza selama ini 1

Kredit foto: The Star & Mstar

Pengurus penyanyi Datuk Siti Nurhaliza (DCT), Rozi Abdul Razak berkata ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menyamar sebagai Siti di alam maya.

Individu itu bertindak membalas e-mel yang dikirimkan oleh para peminat kepada Siti.

Rozi sendiri tidak sedar selama mana kegiatan itu berlangsung, malah hanya mendapat tahu daripada pendedahan peminat yang masih menyimpan e-mel tahun 2003 itu.

"Satu ketika dulu, macam-macam hal berlaku. Siapa yang pernah mendapat balasan emel daripada Datuk Siti Nurhaliza?

"Agaknya sehingga ke hari ini anda masih merasakan bahawa e-mel anda dibalas oleh DCT ketika itu. Ini sekitar tahun 2003 dan saya tidak tahu sampai bila keadaan ini berlangsung iaitu ada hamba Allah yang menjadi Siti Nurhaliza dan membalas e-mel kepada peminat-peminatnya," katanya. 

siapa balas e mel siti nurhaliza selama ini 2

Kredit foto: Mstar

Rozi membuat kenyataan tersebut di laman Facebook kelab peminat Siti Nurhaliza pada Rabu.

Kata Rozi lagi, dia mendapat tahu hal itu ketika dalam proses pengumpulan material sebagai persiapan untuk penghasilan buku penyanyi itu.

Malah, ini bukanlah kes penyamaran pertama melibatkan Siti kerana telah acapkali berlaku.

Justeru, pinta Rozi, para peminat perlulah merujuk terlebih dahulu kepada pihak mereka seandainya menerima kiriman yang mencurigakan.

"Ini adalah salah satu emel yang disimpan oleh seorang hamba Allah dan saya membacanya tadi ketika menyemak keratan-keratan akhbar yang beliau pinjamkan kepada saya (dalam usaha saya menyiapkan buku DCT).

"Ada juga orang yang percaya, kan? Macam-macam hal yang tidak diduga boleh berlaku. Kes penyamaran ini memang dari dulu lagi. Siti tidak pernah membalas e-mel," dedahnya lagi.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)