Oleh pada 14 Aug 2017 kategori

akhirnya hafiz hamidun buka mulut isu rumah tangga 1

Kredit foto: video.dika.info & encikshino.com

Sekian lama disogok dengan persoalan berkaitan isu kemelut rumah tangganya, penyanyi Hafiz Hamidun akhirnya tampil buka mulut.

Begitupun, Hafiz tidak menjelaskan tentang isu perkahwinan, sebaliknya meminta para peminat bersabar dalam menantikan keterangan yang akan didedahkan dalam sebuah sidang media kelak.

akhirnya hafiz hamidun buka mulut isu rumah tangga 2

Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun

Salam. Ramai yang memberi komen dan pelbagai reaksi tentang rumahtangga saya. Saya hanya pinta kita semua dapat bersabar sedikit masa sahaja lagi untuk saya memberi penjelasan selengkapnya bagi menghurai pelbagai persoalan terutama isu yang HAKIKI DAN SEBENAR.

Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan semoga segalanya dapat dipermudahkan buat penyanyi itu.

Sebelum ini isteri Hafiz, Joy Revfa menerima kecaman hebat daripada netizen di laman Instagram kerana dianggap menjadi punca pergolakan rumah tangganya sendiri.

Joy didakwa ingkar dan tidak mematuhi nasihat suami sehingga wujudnya konflik dalam perhubungan mereka.

Bagaimanapun Joy membalas komen kritikan itu dengan meminta netizen menunjukkan bukti kepada dakwaan yang dibuat. Joy menganggap dirinya menjadi mangsa fitnah orang ramai.

Dalam perkembangan lain, pihak media dan netizen masih menantikan penjelasan Hafiz yang berjanji akan mengadakan sebuah sidang media khas untuk meleraikan segala teka-teki dan spekulasi isu rumah tangganya yang tersebar kebelakangan ini. 


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)