7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Bagi orang berada di peringkat pertengahan, "mainan" mereka adalah kereta dan motosikal berkuasa besar yang sering ditayang di laman sosial seperti Instragram.

Namun, itu tidak cukup hebat. Bagi individu kaya di peringkat seterusnya pula, mereka meminati kapal layar yang dijadikan sebagai medium meluangkan masa dan melakukan aktiviti hujung minggu.

Sekali lagi, ia tidak cukup hebat. Terdapat cara yang lebih eksklusif untuk menunjukkan kepada dunia bahawa anda adalah tersangat kaya-raya, iaitu memiliki kapal selam.

Dengan itu, iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca 7 kapal selam mewah paling pahal di dunia.

7 . Nomad 1000 - RM26 juta

nomad 1000 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Dengan harga mencecah RM26 juta, Nomad 1000 adalah kapal selam autonomi yang boleh kekal di permukaan air (dikuasakan oleh enjin diesel) dan seminit kemudian hilang ke dalam air.

Dengan menggunakan bateri caj semula dan tangki udara bertekanan tinggi, Nomad 1000 mampu mengembara sehingga 1,000 batu nautika dan kekal tenggelam selama 10 hari berturut-turut.

Ia juga mempunyai ruang pemerhatian bersaiz 1.5 meter tinggi, memberikan penumpang pemandangan yang sangat menakjubkan. Ia juga dilengkapi dengan 16 unit lampu 1,000-watt quartz-halogen, untuk memastikaan penumpang tidak terlepas apa-apa di dalam laut.

Juga tersedia dalam Nomad 1000 adalah tandas dan bilik air, katil bersaiz queen, dapur dan mampu memuatkan 30 penumpang ke dalam kedalaman 1,000 kaki di bawah laut.

6 . Proteus - RM32 juta

proteus 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Proteus adalah kapal selam yang direkabentuk dan dihasilkan oleh bekas komando Tentera Laut Perancis iaitu Herve Jaubert. Herve Jaubert kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat pengeluar produk boleh tenggelam yang mewah, berpangkalan di Dubai iaitu Exomos.

Herve menyifatkan Proteus sebagai "bas dalam air" yang juga merupakan mampu berfungsi sepenuhnya sebagai kapal layar mewah. Kapal selam bersaiz 19.8 meter panjang ini mampu memuatkan 14 orang penumpang.

Enjin dan penjana OSSA Powerlite pada kapal selam ini mampu menyediakan kapasiti penuh enjin iaitu 400 RPM.

5. Deepsea Challenger - RM40 juta

deepsea challenger 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Selepas menakluki Hollywood dengan menghasilkan dua filem blockbuster dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, James Cameron memutuskan untuk menaklui dunia lautan pula.

Cameron yang dikenali sebagai lelaki yang mempunyai citarasa tinggi, telah melancarkan kapal selam Deepsea Challenger yang bersaiz 7.3 meter panjang dan berharga RM40 juta ini pada tahun 2012 dengan matlamat sampai ke dasar Jurang Mariana, bahagian laut yang paling dalam di dunia.

Kapal selam ini dibina di Sydney, Australia oleh syarikat penyeledikan dan reka bentuk, Acheron Project Pty Ltd. Ia dilengkapi dengan peralatan pensampelan saintifik dan kamera 3D berdefinasi tinggi.

Deepsea Challenger telah sampai ke titik lautan paling dalam di dunia selepas 2 jam dan 36 minit menyelam. James Cameron menjadi orang kedua untuk mencapai ke tahap ini.

Dia menggunakan kapal selam mewah ini untuk penerokaan saintifik dan tinggal di dalamnya selama beberapa jam, kemudiannya menghasilkan dokumentari mengenai pengalamannya itu dalam filem 3D beresolusi tinggi.

4 . Yellow Submarine - RM48 juta 

yellow submarin 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Yellow Submarine yang berharga RM48 juta ini adalah milik pengasas bersama syarikat perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft, iaitu Paul Allen. Kapal selam ini mampu berada di bawah air untuk tempoh 7 hari berturut-turut.

Paul Allen dilaporkan meminati meneroka kedalaman lautan dan mendakwa telah menemui pelbagai jenis bangkai kapal. Tak banyak yang diketahui mengenai kapal selam ini namun ia dilaporkan bersaiz 12 meter panjang.

Paul Allen juga memiliki kapal layar yang diberi nama Octopus berharga RM800 juta, yang boleh menempatkan 2 buah helikopter, 7 bot, 60 orang krew dan menelan kos penjagaan sebanyak RM1.5 juta seminggu 

3 . Seattle 1000 - RM100 juta

seattle 1000 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Di tempat ketiga senarai kapal selam mewah paling mahal di dunia adalah Seattle 1000 yang bersaiz 36 meter panjang dan mempunyai 3 tingkat. Kapal selam yang dihasilkan oleh US Submarines ini mampu kekal di bawah air selama 20 hari.

Dengan julat perjalanan sejauh 4,800 kilometer, ia bermakna Seattle 1000 mampu membuat lintasan trans-Atlantik, iaitu melintasi Lautan Atlantik dari Amerika Syarikat ke United Kingdom.

Kapal selam yang berharga RM100 juta ini mempunyai reka bentuk berkembar dengan panel pemerhati setinggi 9 meter, 5 bilik suite, 5 bilik mandi, 2 gimnasium, wain bawah tanah, dan sebuah dapur menjadikannya antara salah satu kapal selam termewah di dunia.

2 . Phoenix 1000 - RM400 juta

phoenix 1000 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Phoenix 1000, yang berharga RM400 juta adalah kapal selam mewah kedua termahal di dunia yang merupakan keluaran US Submarines. Ia mempunyai 10 bilik tidur, gimnasium, wain bawah tanah, jazuki dan banyak lagi.

Phoneix 1000 mampu beroperasi di kedalaman 1000 kaki dan terdapat kapal selam mini dalam kapal selam ini. Kapal selam mini tersebut mampu menyelam di kedalaman 1,000 kaki lagi, atau digunakan untuk mengangkut penumpang ke dan dari permukaan tanpa perlu Phoneix 1000 sendiri yang naik ke permukaan.

Saiz kapal selam Phoenix 1000 adalah 65 meter panjang dengan keluasan dalaman 464 meter persegi, menjadikannya kapal selam mewah berfungsi paling mahal di dunia.

1. Migaloo - RM9.3 bilion

migaloo 7 kapal selam mewah paling mahal di dunia

Ya, ia bukan sahaja akan menjadi kapal selam mewah paling mahal di dunia, tetapi juga kenderaan paling mahal di atas muka bumi, dengan harga mencecah RM9.3 bilion.

Migaloo merupakan kapal selam/kapal layar, dan kelihatan seperti bandar yang terapung.

Ia juga merupakan kapal selam terbesar dengan panjang 114 meter dan dihasilkan dalam warna putih keseluruhannya. Migaloo mendapat namanya bersempena nama ikan paus albino.

Kapal selam ini mempunyai kolam renang tertutup bersaiz 3 meter dan landasan helikopter yang mana masuk secara automatik ke dalam dek ketika ia menyelam.

Kemudahan lain yang terdapat dalam Migaloo adalah bilik wayang, perpustakaan, gimnasium, bilik permainan video, bilik dobi, lounge peribadi, lif, bilik suite pemilik 2 tingkat, 8 suite VIPdan sebuah jambatan yang luas.

Kapal ini dibina oleh syarikat Austria, Migaloo Private Submersible Yachts dan juga mempunyai versi bersaiz 282 meter panjang, dan masih dalam rekabentuk konsep.

Rujukan:

1. Migaloo

2. Richest

3. Business Insider

4. Bloomberg


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)