Majlis pertunangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung 13 November lalu menyaksikan Fazura anggun dalam busana berwarna lilac rekaan Rizman Ruzaini.

4 gambar fazura anggun dalam busana rizman ruzaini di majlis tunang 2

Difahamkan, ia adalah kebaya tempahan khusus (custom-made) diinspirasikan oleh ropol era Victoria. Manakala tatarias di bawah kendalian jurusolek Shiela Mohamad, gaya rambut oleh C. K. Liow.

4 gambar fazura anggun dalam busana rizman ruzaini di majlis tunang 3

Majlis yang meriah dan penuh sederhana itu diadakan di banglo nenek Fazura secara tertutup, dihadiri anggota keluarga dan sahabat terdekat.

Baju melayu Fattah yang nampak sepadan dengan busana Fazura merupakan koleksi Far8 Altelia Amani menggunakan fabrik dari Jakel Malaysia.

Pasangan ini menegaskan majlis yang berlangsung bukanlah diadakan secara tergesa-gesa, sebaliknya telah dirancang beberapa minggu lebih awal.

Bagaimanapun mereka hanya nekad mengumumkannya selepas ibadah umrah kedua keluarga selesai.

4 gambar fazura anggun dalam busana rizman ruzaini di majlis tunang 4

Hasil perincian pelamin dan busana yang ditempah khusus membuktikan ia sememangnya telah dirancang lebih awal.

Kini pihak pengurusan pasangan ini sedang mengendalikan proses dokumentasi untuk pernikahan yang bakal dilangsungkan secara tertutup hujung tahun ini.

Kami ucapkan tahniah atas pertunangan mereka dan mendoakan agar persiapan majlis nikah berjalan dengan lancar.

Kredit foto & sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)