Sekiranya kita gemar membaca sejarah, kita akan dapat menemukan beberapa ciptaan atau teknologi orang pada zaman dahulu yang cukup mengagumkan. Dengan sumber dan teknologi yang terhad ketika itu, mereka terpaksa berfikiran kreatif untuk mencipta sesuatu daripada sumber yang sedia ada. 

Salah satu daripadanya yang baru kami ketahui adalah penciptaan "kelleks".

Apa itu "kellek"?

Secara mudahnya, kellek adalah rakit atau sampan yang digunakan di sungai dan lautan namun apa yang menjadikannya unik adalah bagaimana ia dibina. Kellek dibuat menggunakan kulit haiwan dan ciptaan kelleks ini ditemui dalam sejarah Mesopotamia, Assyria, Babylonia dan Sumeria

Teknik unik 

kulit belon

Kellek memerupakan perekanya mengembang kulit haiwan sama ada untuk dinaiki ketika bergerak di lautan. Selain itu, kulit-kulit haiwan ini juga boleh diikat bersama dengan bingkai kayu untuk membuat rakit. Dipanggil kellek oleh orang Assyria, ia memerlukan teknik khas untuk mendapatkan kulit haiwan untuk membuat kellek.

Setelah haiwan itu mati, kepala, kaki, dan ekornya dikeluarkan dan semua isi dalamnya termasuk tulang, organ dalaman, otot, daging dan saluran darah ditarik keluar melalui bukaan yang terdapat di bahagian leher bangkai haiwan tersebut.

Tiga hujung kaki dan bahagian ekor dijahit ketat menggunakan tali kulit yang mengecut selepas ia basah, memastikan pengedap yang ketat. Kemudian seluruh bangkai kulit yang telah dibersihkan itu dimasukkan ke dalam air selama beberapa hari dan kemudian dijemur di bawah sinar matahari hingga kering.

Menjadikan kulit mnggelembung

belon kulit haiwan

Setelah kulit tersebut kering dijemur, bulu-bulu haiwan tersebut dibuang dengan mengikis kulit sehingga lembut. Campuran air, garam dan minyak sayuran disapu ke seluruh kulit dan dikeringkan semula. Apabila ia berwarna perang, ia sedia untuk mengembang.

Untuk mengembangkan kulit haiwan itu, seseorang perlu menggunakan straw yang diperbuat buluh dan meniup udara di melalui satu lagi kaki yang tinggal dan ia diikat dengan tali kulit yang basah.

Jika terdapat lubang ditemui, sekeping kayu kecil akan diletakkan di atas lubang tu dan diikat rapat dengan tali kulit. Satu rakit yang diperbuat daripada kellek memerlukan 6 kulit haiwan dan boleh memuatkan 2 orang penumpang. Kebiasaannya rakit kellek ini akan pergi secara berpasangan dalam perjalanan memancing yang panjang.

Kulit haiwan ini akan dibiarkan sentiasa dalam keadaan basah untuk mengelakkannya merekah. Untuk perjalanan yang panjang, setiap 1 atau 2 jam bahagian atas kellek yang terdedah dengan cahaya matahari akan dibasahkan untuk memastikannya sentiasa lembap.

Pelbagai jenis haiwan boleh digunakan

kellek assyaria

Semua jenis haiwan boleh digunakan untuk kulit mereka. Kambing, babi, beruang, biri-biri, dan lembu sekadar memberikan beberapa contoh. Kellek yang diperbuat daripada haiwan ini jarang digunakan sebagai alat pengapungan peribadi tetapi sering digunakan untuk mengapungkan rakit dan bot.

Contoh penggunaan kulit haiwan untuk pengapungan boleh ditemui di Muzium British yang memaparkan orang Asyur purba dari Nimrud menggunakannya untuk membantu mereka berenang.

Sebuah lukisan di Muzium Victoria dan Albert menggambarkan kellek yang mengangkut patung besar seekor lembu jantan bersayap, Lamassu, yang digali oleh ahli arkeologi British Sir Austin Henry Layard dari Mosul di Iraq Utara menyusuri sungai Tigris ke Basra di tenggara Iraq.

Malah, catatan mengenai kellek juga ditemui dalam beberapa catatan sejarah.  Dalam kira-kira 300 SM,  Alexander the Great menggunakan kelleck untuk mengangkut 1500 askar berkuda, kuda mereka dan empat ribu orang infantri merentasi Danube dengan menyeberangi sungai di atas jambatan terapung yang dibuat dengan kulit haiwan.

Genghis Khan juga sentiasa membawa kellek semasa penaklukan baratnya. Dan Kublai Khan menyimpan beberapa kellek bersama-sama dengan tenteranya untuk memudahkan mereka menyeberangi sungai. Kellek mudah disimpan apabila kering. Apabila diperlukan ia direndam dalam air sekali lagi sehingga ia lembut dan boleh mengembang.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)