Untuk membuat krim putih, anda perlu menggunakan krim segar (fresh cream) jenama Rich's atau Pride dan putar kaku. Untuk sirap glukos pula, ianya kebiasaannya ada dijual di kedai bakeri biasa dengan harga yang murah. Jika anda tidak pandai agak kental untuk krimnya, adun (mix) dengan kelajuan (speed) nombor 3 selama 5 minit adalah mencukupi. 

Untuk UHT whipping cream (krim putar tenusu), anda boleh menggunakan jenama Anchor dan Emborg. Untuk non dairy whipping cream (krim putar bukan tenusu), jenama yang biasa digunakan ialah Rich's, Pride dan Vivo. 

Kek Pecan Butterscotch

kek pecan butterscotch

Kek span vanila

Bahan-bahan:

  • Tepung kek (130gm)
  • Gula kastor (125gm)
  • Ovalette (15gm)
  • Telur B (5 biji)
  • Air (40gm)
  • Esen vanila (1 sudu teh)
  • Serbuk penaik (1 sudu teh)
  • Minyak masak/mentega cair (70gm)

Cara penyediaan: 

  1. Satukan ovalette dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan tepung, serbuk penaik dan telur yang telah diayak. Pukul sehingga kembang putih berkrim.
  3. Satukan air dan vanila, tuangkan ke dalam adunan dan pukul sehingga pekat dan gebu.
  4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Bakar selama 40 minit menggunakan suhu 180.

Sos butterscotch

Bahan-bahan:

  • Gula perang (120 gram)
  • Mentega (120 gram)
  • Sirap glukos (120 gram)
  • UHT whipping cream (krim putar) (180 gram)
  • Garam (1/2 sudu teh)

Cara penyediaan: 

  1. Dalam periuk, satukan gula, mentega, sirap glokus dan garam.
  2. Masak atas api sederhana. Kacau selalu supaya tidak hangus masak sehingga semua bahan memcair. Biarkan mendidih selama 2 minit.
  3. Kemudian, angkat dari api dan tuang UHT whipping cream (krim putar). Kacau sebati.
  4. Masak semula selama 2 minit sehingga pekat.

Kacang pecan

Bahan:

Kacang pecan (150 gram)

Cara penyediaan:

Bakar kacang pecan selama 10-15 minit menggunakan suhu 150. Cincang kasar.

Krim putar

Bahan:

Non dairy whipping cream (krim putar bukan tenusu) (500 gram)

Cara penyediaan:

Putar non dairy whipping cream sehingga kental.

Cara menyusun kek:

  1. Potong kek kepada 3 bahagian.
  2. Lapisan kek pertama, tuang sos butterscotch dan ratakan. Sapukan krim putar ke atas kek, ratakan dan tabur kacang pecan.
  3. Ulang semula pada lapisan kek kedua.
  4. Kemudian, letakkan lapisan kek ketiga dan tabur kacang pecan.
  5. Tutup seluruh kek dengan krim putar. Ratakan kacang pecan di bahagian tepi kek.
  6. Tuangkan sos butterscotch dan tabur kacang pecan.

kek pecan butterscotch 1

Kredit foto: Ayuni Johariā€ˇ [1, 23] (Gambar ini bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Shen Nursani [1, 2]

Sumber informasi: Shen Nursani [1, 2, 3]



Hakcipta iluminasi.com (2017)