Oleh pada 29 Jun 2018 kategori

Penulisan ini ditulis saudara Kamaruzaman Muhammad, seorang pakar IT di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Semalam kecoh di laman media sosial kenyataan daripada Perdana Menteri Tun Mahathir mengenai pekerja asing yang berkemahiran dalam bidang IT akan diberikan keistimewaan sebagai penduduk tetap di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekadar salah seorang rakyat Malaysia yang sudah berkecimpung dalam bidang IT lebih daripada 14 tahun, ini hanyalah sekadar luahan saya.

1. Apa kurangnya rakyat Malaysia dalam bidang IT?

kepada tun m luahan hati kami golongan it malaysia yang terpinggi 2 559

Selama saya dalam bidang IT, bagi saya, tak ada sebarang kekurangan lansung pun bagi rakyat Malaysia dalam bidang IT. Ramai sahaja rakyat Malaysia yang celik IT, malah pakar dalam bidang IT dan setaraf dengan tahap pakar IT di negara lain-lain.

TAPI, mereka tidak diberi peluang untuk berada dalam tempat yang betul, kebanyakan yang saya kenal ada yang tiada kelulusan dalam SPM, Diploma, Degree malah ada yang tidak bersekolah.

Mereka ada komuniti mereka sendiri, jika dulu (tahun 2010 - 2016) banyak komuniti IT yang wujud di Malaysia.

Ya, mereka memang tak ada kelulusan, mereka pandai, tapi, mereka sering di dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak, tujuan politik, dan lain lain.

Hanya beberapa sahaja yang mampu bertahan, itu pun ramai yang sekadar buat Kerja sambilan.

2. Apa yang rakyat Malaysia sudah cipta dan bangunkan?

kepada tun m luahan hati kami golongan it malaysia yang terpinggir 3 725

Banyak sahaja syarikat IT tempatan yang telah berjaya dalam sektor IT, banyak teknologi yang telah di usahakan dengan titik peluh rakyat Malaysia sendiri (malah orang melayu sendiri).

Di antaranya adalah:

1. KATSANA - Salah satu syarikat tempatan yang telah berjaya dalam teknologi GPS Tracking, malah teknologinya telah matang (advance) dan diguna pakai di Malaysia.

2. RUNCLOUD - Di antara syarikat tempatan yang telah berjaya sampai dan mewakili Malaysia ke Silicon Valley.

Rujukan: The Star

3. Kenapa tak ada yang bangkit bersuara?

kepada tun m luahan hati kami golongan it malaysia yang terpinggir 5 295

Hal ini sudah berlarutan sekian lama. Sebelum ini ramai sahaja yang bersuara, tetapi tidak dapat sampai sehingga pihak kerajaan dan tiada apa-apa tindakan yang telah dilakukan, malah terkubur begitu sahaja.

Kontraktor (kroni) dan 'kaki lobi' projek dapat keuntungan yang besar, tetapi pekerja IT yang berhempas pulas menyiapkan projek dibayar gaji yang tidak memadai dan langsung tidak setimpal dengan usaha. Bahkan ada yang menerima tidak sampai 1% daripada jumlah projek yang diterima majikan jahat.

fb img 1530271430338

Kita mempunyai ramai pakar IT, sebut sahaja Artificial Intelligent (AI), Blockchain, Data Scientist, kita sudah mampu untuk buat dan ada kepakaran, cuma mereka tidak mampu bersuara.

Ada juga diantara kami yang telah merantau ke negara barat dan di sana ramai yang mendapat tempat di dalam bidang profesional IT. Tetapi tak perlulah disebutkan nama-nama mereka di sini.

4. Apa yang saya dan rakan-rakan IT lain harapkan?

kepada tun m luahan hati kami golongan it malaysia yang terpinggir 4

Saya bukanlah seorang menteri, saya tidaklah pandai untuk menilai, tapi ini adalah pandangan saya dan rakan-rakan IT.

Saya tidaklah membangkang penuh kenyataan Tun M, tetapi, diharapkan kaji semula dasar pembangunan sektor IT dan tenaga kerja rakyat Malaysia sendiri. Hapuskan juga sistem kroni di dalam institusi kerajaan sepenuhnya.

Diharapkan kerajaan kaji semula pembelajaran IT di Malaysia ini, kebanyakan institut pembelajaran tidak mempunyai silibus yang terbaru (update) kerana teknologi IT sangat lah pesat dan tidak mengikut permintaan (market) di Malaysia, malah tidak setanding dengan permintaan pekerjaan di luar negara.

Dasar-dasar yang sepatutnya merancakkan sektor IT di Malaysia tidak diterjemahkan dengan betul, oleh kerana itu, harapan pihak kerajaan yang mencipta dasar tersebut tidak dapat melihat kesan yang sepatutnya.

Walaupun begitu, saya dan rakan-rakan tetap mampu melibatkan diri dalam bidang IT dengan berbekalkan ilmu yang kami pelajari sesama sendiri, komuniti dan sumber-sumber awam yang terdapat di Internet.

Kami bukan mengampu atau mengharapkan simpati kerajaan atau sesetengah pihak, tapi kami cuma ingin menyuarakan bahawa kami ADA dan sedia berkhidmat untuk agama, bangsa, negara.

5. Didik anak bangsa untuk lebih ke arah masyarakat moden

kepada tun m luahan hati kami golongan it malaysia yang terpinggir 6

Walaupun kita sudah berada di tahun 2018, namun masih ramai dikalangan masyarakat yang masih takut untuk memperjuangkan agenda 'cashless' seperti seruan kerajaan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, bahkan masih ramai yang takut dan tidak pernah membeli secara atas talian kerana persepsi buruk yang didengari sejak tahun 1990an. Selain itu ada juga dikalangan masyarakat yang mengambil kesempatan untuk menipu atas talian.

Ini semua bagi saya, adalah kerana masalah didikan. Jadi pendidikan awal juga amat mempengaruhi perkembangan IT di Malaysia ini.

Pengambilan warga asing untuk menggantikan tempat dan jawatan profesional IT di negara kita bukanlah satu solusi yang boleh memperbaiki mutu dan kualiti IT di negara kita.

Wallahua'alam

Nota tambahan: Ini hanyalah luahan daripada kami, setuju atau tidak, terserah pada diri sendiri, kami tidak mampu untuk puaskan hati semua orang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)