ujian kehamilan

Pada masa kini, kita mudah mendapatkan kit ujian kehamilan di farmasi-farmasi berdekatan. Harganya pun tidaklah mahal dan hasil keputusan yang diberikan juga cukup tepat. 

Ujian kehamilan dilakukan dengan memeriksa air kencing wanita untuk hormon yang dikenali human chorionic gonadotropin (HCG). Tubuh wanita hanya menghasilkan hormon ini sekiranya mereka hamil. HCG dilepaskan apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim wanita, ketika kehamilan bermula.

Sekiranya keputusan ujian kehamilan anda positif, ini bermakna anda hamil. Sekiranya  negatif, ini bermakna anda tidak hamil. Kit ujian kehamilan akan memberikan keputusan yang sangat tepat apabila anda menggunakannya dengan betul.

Kit ujian kehamilan yang boleh didapatkan di farmasi sudah cukup untuk memberi keputusan ujian yang tepat, sama tepatnya dengan ujian kehamilan melalui air kencing yang boleh dilakukan di klinik atau hospital. Namun, bagaimana pula dengan zaman dahulu kala?

Sejarah ujian kehamilan 

sejarah ujian kehamilan wanita 544

Ujian kehamilan hari ini kebanyakannya sangat mudah dan sangat tepat, tetapi ujian yang dilakukan pada masa dahulu jauh lebih pelik. Hubungan antara air kencing dan kehamilan wanita difahami sejak zaman Mesir kuno.

Wanita zaman dahulu akan menuangkan air kencing itu ke atas gandum dan biji-bijian barli. Sekiranya gandum atau biji-bijian tersebut bercambah, itu bermakna wanita tersebut hamil. Sama ada gandum atau barli yang tumbuh akan menunjukkan jantina janin.

Setelah hubungan antara kehamilan dan hormon mula dikenalpasti pada awal abad ke-20, ujian A-Z telah diciptakan oleh ahli kimia Selmar Aschheim dan pakar sakit puan Bernhard Zondek pada akhir tahun 1920-an. Namun, teknik yang digunakan mungkin dilihat kejam berdasarkan standard perubatan masa kini.

Kebiasaannya, 5 ekor tikus betina disuntik dengan air kencing seorang wanita (yang merasakan diri mereka hamil) selama beberapa hari, kemudian tikus-tikus itu dibedah. Sekiranya ovari tikus-tiku itu membengkak, ini menunjukkan bahawa wanita itu hamil. Selepas tikus, arnab juga pernah digunakan dengan kaedah yang sama.

Penggunan katak untuk ujian kehamilan

katak ujian kehamilan

Tidak lama selepas itu, ahli zoologi British Lancelot Hogben telah memperkenalakn pula ujian kehamilan dengan menggunakan katak semasa menjalankan penyelidikan di University of Cape Town di Afrika Selatan. Ujian Hogben melibatkan suntikan air kencing wanita itu ke dalam katak spesis African clawed frog atau nama saintifiknya Xenopus laevis.

Sekiranya wanita itu hamil, katak itu akan berovulasi dalam beberapa jam. Yang paling penting, katak tersebut boleh digunakan semula dan tidak perlu dibunuh untuk mendapatkan keputusan ujian kehamilan tersebut.

Walaupun kedengaran sangat kuno pada hari ini, ujian kehamilan menggunakan air kencing wanita dan katak yang diperkenalkan oleh Lancelot Hogben adalah standard yang diguna diseluruh dunia dalam ujian kehamilan selama beberapa dekad, terutamanya antara tahun 1930-an hingga 1950-an.

Penemuan yang dibuatnya ini penting dalam dunia sains pada ketika itu Penemuannya penting kerana dua sebab: Pertama, ia menyediakan ahli embriologi katak yang dapat menghasilkan telur sepanjang tahun. Kedua, ia memberi doktor haiwan baru untuk ujian kehamilan. Menjelang tahun 1933, doktor mula menggunakan "Hogben Test" untuk mengesan hCG dalam air kencing.

"Hogben Test" mendapat perhatian kerana ianya memberikan keputusan yang cepat dan boleh dipercayai, dan ia menyebar dengan cepat ke seluruh Eropah dan Amerika Syarikat dalam tempoh dua dekad. Perkembangan kaedah pengujian kemahilan baru pada tahun 1960-an menjadikan "Hogben Test" tidak lagi digunakan.

Katak agen penyebaran patogen merbahaya

african clawed frog

Ketika kaedah "Hogben Test" digunakan secara meluas satu ketika dahulu, katak-katak ini boleh didapati hidup liar. Namun, para doktor berpendapat lebih mudah mengimportnya dari Afrika dalam jumlah yang banyak. Bagaimanapun, pergantungan pada haiwan hidup menimbulkan masalah untuk pusat ujian besar.

Setelah katak-katak tersebut tidak lagi digunakan, biasanya mereka akan dilepaskan kembali ke beberapa tempat. Malangnya, kajian terbaru menunjukkkan spesis katak yang digunakan ini juga didapati merupakan pembawa kulat berbahaya yang disebut Batrachochytrium dendrobatidis, yang menjangkiti kulit amfibia dan menyebabkan mereka mati dalam beberapa minggu.

Apabila dibebaskan ke kehidupan liar, katak ini sekarang terbukti menjadi ancaman bagi binatang lain di beberapa benua. Populasinya terdapat di Amerika Syarikat, Eropah, China dan hampir ke seluruh dunia dimana katak-katak ini pernah dieksport satu ketika dahulu.

batrachochytrium dendrobatidis

Patogen yang disebarkan katak ini adalah kulat yang disebut Batrachochytrium dendrobatidis, atau Bd. Penyebaran patogen ini didapati menyebabkan kepupusan hampir 200 spesies katak di seluruh dunia, kata para penyelidik. Para penyelidik pada tahun 2004 menemui Bd dalam spesime African clawed frog di muzium yang bertarikh 1934.

Namun, katak itu sendiri nampaknya tidak terpengaruh oleh patogen merbahaya ini seolah-olah katak spesis ini sudah berevolusi untuk mempunyai daya tahan terhadap patogen ini. Malanngnya untuk spesies lain, patogen ini adalah "penyakit terburuk dalam sejarah vertebrata.

Penyakit ini menjangkiti kulit katak dan salamander dan menyebabkannya menebal 40 kali ganda daripada biasa. Dalam beberapa minggu, penyakit ini menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dan sesekor amfibia itu mati akibat serangan jantung.

Kredit:

  1. Slate
  2. NY Times
  3. The Atlantic
  4. Smithsonian Mag


Hakcipta iluminasi.com (2017)