Dr Suri Roowi merupakan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Pemakanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyelidikan makan kesihatan ini sudi untuk berkongsi dengan kita semua mengenai kebaikkan yang terkandung didalam petai.
Petai adalah tumbuhan jenis saka atau nama saintifiknya dikenali sebagai Parkia Speciosa yang tumbuh didalam hutan atau ditanam secara komersial. Buah petai enak di jadikan ulaman dan dimasak sambal tumis bersama udang.
BESARKAN TEKS A- A+
Petai adalah antara makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) kerana terdapat bahan faitosterol didalamnya. Kulit petai pula lebih tinggi kandungan faitosterol berbanding bijinya. Selain bersifat (anti kencing manis), bahan faitosterol dalam petai juga bersifat anti kolesterol.
Petai menghasilkan bau yang busuk. Bau petai mungkin dapat dikurangkan dengan meminum susu selepas anda menikmati petai tersebut. Ini disebabkan bahan polisulfide (bahan berbau) pada petai itu akan diikat dengan protein susu tersebut dan akan keluar bersama menjadi najis.
Dalam petai juga terdapat asid djenkolic dan petai tidak boleh dimakan banyak. Salah satu cara yang mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai tersebut terlebih dahulu sebelum dimakan. Wallahua'lam , Selamat mencuba.
Ikuti facebook Dr Suri Roowi.