Kredit foto: star2.com & Instagram Kamal Adli

Aktor dan usahawan Fizo Omar akui sepanjang mengenali Kamal Adli sejak sepuluh tahun lalu, aktor itu telah menempuh pelbagai dugaaan kerjaya seni.

Malah dalam pendedahannya, Fizo memberitahu bagaimana mereka pernah "dating" berdua sewaktu penyertaan dalam Hero Remaja tahun 2007 dahulu.

"Memang banyak cabaran yang kau harungi terutama sekali dalam hubungan cinta. Dari zaman hero remaja, masa kau bercinta dengan... lagi.

"Dulu kita dating sama-sama bro, sekarang aku dah nak jadi bapa, sikit hari saja lagi," tulisnya.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Instagramnya semalam (Sabtu).

kamal adli hadapi banyak dugaan kamal adli 2

Kredit foto: Instagram Fizo Omar

Sementara itu, Fizo mahu Kamal mencari hikmah atas peristiwa yang terjadi kepadanya.

Di kesempatan yang sama, aktor berusia 32 tahun itu mengucapkan rasa bangga dengan pencapaian Kamal yang dinobatkan juara Super Spontan Superstar 2017.

Fizo menyifatkan kejayaan tersebut bertitik tolak daripada usaha kerasnya yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

"Aku ikut perkembangan kau setiap hari, bakat kau semakin menyerlah dan tidak sangka kau dapat kalahkan pelawak-pelawak lain yang bertanding.

"Aku bangga dengan kau kerana fokus betul-betul dengan apa yang kau nak. Juallah bakat kau selagi masih tertulis dalam bidang ini," katanya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)