Oleh pada 29 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Kehadiran aktres Emma Maembong ke pertandingan akhir Super Spontan Superstar pada Jumaat bukanlah petanda dia kembali menjalin cinta dengan Kamal Adli, sebaliknya hanyalah simbol sokongan.

Tegas aktres berusia 25 tahun itu, dia terlebih dahulu berjanji akan hadir memberi sokongan sekiranya Kamal menjejakkan kaki ke pentas akhir program realiti itu.

"Saya pernah berjanji dengan Kamal untuk hadir memberikan sokongan sekiranya dia layak ke peringkat akhir. Saya hanya mengotakan janji yang pernah dibuat dulu. Jadi, jangan gaduh-gaduh kerana kami masih berkawan.

"Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa lagi? Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Memandangkan saya masih solo, tiada salah jika saya berkawan dengan sesiapa saja," jelas Emma di laman Instagram.

Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Embong hadir sebagai penonton di pusingan akhir rancangan tersebut, lantas menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat - adakah hubungannya dengan Kamal kembali bertaut.

Spekulasi mereka kembali bercinta dikuatkan lagi apabila Emma memuat naik foto bersama aktor itu di laman Instagram.

hadir di super spontan beri petanda berbaik dengan kamal adli ini jawapan emma maembong 2

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Malah satu lagi kiriman menyaksikan dia bergambar bersama bekas kekasih terdahulu, Zizan Razak bagi menafikan tanggapan mereka sedang bermusuh.

"Adakah anda jenis yang akan bermusuh bertahun-tahun dengan bekas kekasih dan saling menyekat antara satu sama lain di media sosial? Salahkah kami berkawan biarpun tidak mempunyai hubungan istimewa?," soalnya.

Terdahulu, Emma yang menyifatkan pelakon Zahirah Macwilson sebagai orang ketiga dalam hubungannya dengan Kamal, memberitahu media tentang percintaan berusia lebih tiga tahun itu sudah berakhir.

Namun satu lagi kenyataan susulan oleh Emma menyatakan yang dia membuat kenyataan terdahulu dalam emosi marah.

Malah, aktres kelahiran Terengganu ini tidak mempunyai jawapan sama ada dia masih bersama Kamal ataupun tidak kerana lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan-Nya.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)