Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Sahabat aktor Kamal Adli, Rafiudin Hasan berkongsi berita buruk yang menimpa aktor itu di laman Facebook.

Menerusi status yang dimuat naik kira-kira jam 2 petang pada Khamis lalu memaklumkan motor besar berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver milik Kamal telah hilang pada pagi hari berkenaan.

Difahamkan, motor berwarna hitam bernombor plat WXW 4645 itu hilang di kediaman mereka iaitu Taman Cempaka, Ampang.

kamal adli terima dugaan aprilia shiver hilang 2

Kredit foto: Facebook Rafiuddin Hasan

Rafiudin memohon jasa baik netizen untuk mewar-warkan berita tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat melahirkan rasa simpati terhadap nasib buruk yang menimpa Kamal. 

Untuk mereka yang ternampak atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta untuk menghubungi nombor telefon 017-2780948.




Hakcipta iluminasi.com (2017)