Malaysia pernah melalui beberapa fasa peringkat perubahan nama. Daripada Tanah Melayu, kita menjadi Malaya sebelum kembali kepada Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya 'Malaysia.'

Impak nama 'Malaya' terus lekat di kalangan masyarakat kita sehinggakan kita masih menggelarkan skuad bola sepak kita sebagai 'Harimau Malaya', universiti berprestij kita terus dikenal sebagai Universiti Malaya dan bank di negara kita iaitu masih mengekalkan nama Malayan Banking Berhad.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini menandakan impak pengenalan nama tersebut masih relevan untuk digunakan. Tetapi tahukah anda tentang beberapa lokasi di luar Malaysia yang turut sama berkongsi menggunakan nama tersebut?

1. Tasikmalaya, Indonesia

masjid agung tasikmalaya 02

Tasikmalaya merupakan sebuah bandar di bahagian barat Pulau Jawa, tidak jauh Bandung. Sejarah Tasikmalaya cukup menarik untuk diketahui.

Dikenali dengan nama gelaran 'Kota 1000 Pesantren' ekoran akar umbi Islam yang cukup kuat sepanjang penubuhannya, Tasikmalaya menjadi lokasi masyarakat Muslim Jawa bangkit menentang penjajahan selama lebih 2 abad.

Pada tahun 1945, pemuda Muslim Tasikmalaya bangkit melawan pendudukan Jepun sehingga lebih ratusan nyawa terkorban.

Perjuangan mereka diteruskan ke dekad-dekad seterusnya, selepas Tasikmalaya menjadi tapak Tentara Islam Indonesia yang membawa hasrat menubuhkan Darul Islam, sebuah negara Islam berdaulat.

Di bawah pimpinan seorang warga Jawa bernama Kartosuwiryo yang dibantu kumpulan bangsawan orang Sunda, batalion tentera Darul Islam berjaya membawa agenda agama, militari dan politikal dalam perjuangan mereka.

Darul Islam mengharungi siri-siri peperangan dengan penjajah Belanda seterusnya melawan tentera Indonesia sendiri, selepas kemerdekaan - sebelum Kartosuriwryo dapat ditangkap pada tahun 1962, menamatkan pemberontakan Darul Islam di kawasan tersebut.

tasikmalaya indonesia

Walaupun gerakan Darul Islam dapat dipatahkan, niat dan impian menubuhkan sebuah daulah Islam di Pulau Jawa terus dipegang segelintir penduduk di sana, yang terus menghayati perjuangan Kartosuwiryo. Impak perjuangan beliau besar kepada penduduk Tasikmalaya.

Kini, Tasikmalaya kekal sebagai antara lokasi terbesar yang menempatkan banyak pesantren atau sekolah agama di buka, membawa pelbagai aliran ajaran kepada lebih 720 ribu penduduk, layak memegang gelaran Kota 1000 Pesantren.

2. Banjaran Malaya dan Puncak Malayagiri, India

pergunungan banjaran malaya dalam kitab hindu lama

Dalam kitab-kitab lama masyarakat Hindu, terdapat sebuah banjaran yang dinamakan sebagai Banjaran Malaya.

Banjaran ini dipercayai terletak di antara bandar Kerala di bahagian selatan dan sebuah kawasan pergunungan di bahagian utara, dikenali sebagai Pergunungan Sahya.

Kitab-kitab lama masyarakat Hindu menerangkan satu masa dahulu, terdapat 7 kawasan banjaran yang dinamakan sebagai kulaparvatas atau 'keluarga banjaran.'

Malaya terletak di bahagian selatan, selain banjaran lain iaitu Mahendra, Paripatra, Riksha, Sahya, Sukimat dan yang terakhir Vindhya yang membentuk banjaran besar.

puncak malayagiri

Bagaimanapun, nama ini tidak lagi digunakan bagi merujuk kawasan banjaran tersebut.

Dalan zaman moden, masih terdapat sebuah puncak gunung di India yang dinamakan sebagai Malayagiri terletak dalam kawasan pergunungan Garjhat, Pal Lahara.

Mempunyai ketinggian 1187 meter, pengunjung boleh mendaki bukit ini sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki motorsikal.

Dikatakan kawasan tersebut sangat indah, sesuai untuk mereka yang mahu lari dari kesibukan kota.

3. Gulod Malaya, Filipina

gulod malaya filipina

Pernahkah anda berkunjung ke Gulod Malaya yang terletak di Rizal, Filipina?

Pekan kecil ini terletak di Pulau Luzon, mempunyai populasi seramai 11,500 orang berdasarkan kepada data tahun 2015.

Keluasannya pula hanyalah sebesar 1.394 km persegi, menjadi salah satu daripada 15 daerah yang membentuk wilayah San Mateo.

Berikutan saiznya dan statusnya sebuah barangay (unit kawasan terkecil di FIlipina) yang agak terhad, Gulod Malaya bukanlah kawasan tarikan pelancongan yang gah dari segi reputasinya, perlu bergantung kepada tarikan-tarikan utama lain yang terdapat di sekitar Pulau Luzon.

gulod malaya elementary school

Walaupun begitu, kedudukan Gulod Malaya yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino kira-kira 28 km jaraknya, memudahkan akses laluan antarabangsa terus ke situ.

Apakah maksud Gulod dan Malaya mengikut bahasa mereka?

Dari perincian bahasa Tagalog, istilah 'Gulod' membawa makna 'puncak bukit' sementara 'Malaya' pula merujuk kepada orang-orang yang bebas, jadi Gulod Malaya membawa erti puncak bukit orang bebas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)