pelakon aamir khan dan isteri dijangkiti virus influenza a h1n1 1

Kredit foto: movies.indialivetoday.com

Aktor popular Bollywood, Aamir Khan dan isterinya, Kiran Rao dijangkiti virus Influenza A H1N1 atau selesema babi.

Mereka kini dikuarantin dan dirawat di kediaman mereka di Mumbai. 

pelakon aamir khan dan isteri dijangkiti virus influenza a h1n1 2

Kredit foto: Instagram Aamir Khan

Pendedahan itu dibuat mereka menerusi sebuah persidangan video di majlis ‘Satyamev Jayate Water Cup 2017’ selepas tidak dapat memenuhi undangan ke sana kerana jangkitan tersebut.

“Kami telah dikesan dengan virus H1N1. Ia dikenali sebagai selesema babi. Ia boleh merebak dengan mudah, oleh itu kami perlu dikuarantin selama seminggu,” luah Aamir.

Menurut laporan, Aamir terlebih dahulu menerima jangkitan virus tersebut sebelum menular kepada isterinya.

Di media sosial, peminat Aamir di seluruh dunia mendoakan kesihatan pelakon itu agar dapat pulih seperti sediakala.

Mengikut laporan portal The Hindu, terdapat 850 kes dan 16 kematian berlaku di Mumbai tahun ini angkara virus tersebut. 


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)