Kredit foto: Instagram Amy Search

Amy selaku vokalis kumpulan Search berasa kesal mengenangkan album terbaru mereka, Katharsis menjadi mangsa lanun cetak rompak.

Apa yang membuatkan ikon rock ini lebih terkesan apabila album itu dijual secara terbuka dan meluas.

kalau ada hukuman sebat tanpa bicara tentu mereka tak berani amy search 2

Kredit foto: Instagram Amy Search

"Album terbaru Search/Katharsis dicetak rompak yang dijual secara terang-terangan di dalam Mall Plaza Soong Seng @The Store Melaka," dedah Amy menerusi akaun Instagram peribadinya.

Ini bukanlah pengalaman hitam pertama penyanyi Fantasia Bulan Madu itu kerana hampir kesemua buah tangannya sebelum ini dilanda konflik sama.

"Dari album Cintai Buatan Malaysia 1985 sampailah sekarang 2018. Hasil pendapatan cetak rompak mereka pun meningkat.

"Paling tinggi hasil mereka dari album Fenomena lagu Isabella. Masa itu terjual melebihi 200,000 unit.

"Bayangkan berapa banyak mereka sapu hasil seni kita orang? Mana taknya India Cina pun beli album itu. Isabella itu diminati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura. Kira seluruh nusantara minat lagu Isabella.

"Tak habis di situ, keluar pula dengan dua filem, Isabella dan Fenomena yang menjadi box office. Dengan dua filem itu sekali mereka rompak," tulisnya.

Tidak terkecuali, sewaktu Amy bergerak secara solo dan menghasilkan empat album juga turut menerima tempias sama, meskipun sudah berkorban turun padang memerangi kegiatan haram itu menerusi beberapa kempen yang dianjurkan.

kalau ada hukuman sebat tanpa bicara tentu mereka tak berani amy search 3

Kredit foto: Instagram Amy Search

"Empat album solo aku pun mereka rompak. Daripada album pertama kita orang dah buat kempen pasal cetak rompak. Orang cakap kalau kita tak boleh lawan cetak rompak jadi kita kena sertai mereka?

"Takkan kita nak jadi perompak yang merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ini mereka rompak hasil seni semua bangsa, asalkan yang laris," katanya.

Di kesempatan itu, Amy yang berusia 60 tahun, menzahirkan rasa sedih kerana isu yang membelenggu periuk seni anak seni ini seakan tidak berpenghujung.

"Hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi mereka masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.

"Penjualan fizikal sangat terhad. Yang membeli adalah peminat fanatik yang beli sebagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi itu mereka jual walaupn salah di sisi undang-undang.

"Lebih teruk lagi dijual secara terang-terangan tanpa rasa hormat. Kalaulah hukuman jika didapati menjual hasil seni negara secara haram hukumannya sebat tanpa bicara dari dulu tentunya tak berani mereka jual," cetusnya.

Pemilik nama penuh Suhaimi Abdul Rahman ini menegaskan akan impak besar yang dirasai mereka apabila hasil keuntungan karya yang dihasilkan dengan susah payahnya akhirnya sewenang-wenangnya 'dicuri'.

"Kesiankan hasil seni anak bangsa di rompak sejak zaman P. Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yang terbaiklah dari melodi, lirik, cover, sound dengan cost rakaman yang tnggi tapi dorang cost berapa sen sangat, silap-silap GST free lagi sebab hasil haram.

"Realitinya sampai aku dah mati hasil seni aku tetap dirompak macam P.Ramlee. Ini negara kita macam mana pula negara lain seperti Indonesia? Waktu itu album Fenomena ini terjual melebihi satu juta unit dan berapa pula cetak rompak terjual di sana dengan tiga lagu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dan Nafas Cinta duet.

"Inilah perjalanan anak seni yang sentiasa dirompak. Begitulah kehendak-Nya," akhirinya.

Album terbaru SEARCH/KATHARSIS di cetak rompak yg di jual secara terang terangan di dlm MALL PLAZA SOONG SENG @ THE STORE, MELAKA. Dri album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpai lah skarng 2018. Hasil pendapatan dri cetak rompak dorng pn meningkat. Paling tinggi hasil dorng dri album Fenomena lgu Isabella. Masa tu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkn berapa bnyk dorng sapu hasil seni kite org. Mana tk nya India cina pn beli album tu. Isabella tu di minati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lgu Isabella. Tk abis kt situ, keluar pulak dgn 2filem Isabella dn Fenomena yg mnjdi box office. Dgn dua filem tu skali dorng rompak. 4album solo aku pn dorng rompak. Dri album pertama kita org dh buat kempen psl cetak rompak. Org ckp kalau kita tk boleh lawan cetak rompak tpi kita kena join dorng😂 tkn kita nk jdi perompak Yg merompak hasil seni anak bangsa sendiri. Buat perompak ni dorng rompak hasil seni semua bangsa, asalkn yg laris. Hari ini aku dh 37thn dlm industri tpi dorng masih tk pernah berhenti merompak walaupn keadaan sekarang amat berbeza dri dulu. Penjualan fizikal sngt terhad. Yg membeli ada lah peminat fanatik Yg beli sbagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu dorng jual walaupn salah di sisi undang2. Lebih teruk lgi Di jual secara terang terangan tnpa deficit pn rasa hormat. Kalau lah hukuman jika Di dapati menjual hasil seni negara secara haram hukuman nya sebat tnpa bicara dri dulu tentu nya tk berani dorng jual. Kesian kan hasil seni anak bangsa Di rompak sejak zaman P.Ramlee lgi. Kita buat album pecah kepala otak bersengkang mata, bagi yg tbaik lah dri melodi, lirik, cover, sound dgn cost rakaman yg tnggi tpi dorng cost brape sen sngt, silap2 GST free lgi sbab hasil haram. Realiti nya smpai aku dh mati hasil seni aku tetap Di rompak mcm late P.Ramlee. Ini negara Kita mcm mna pulak negara lain seperti Indonesia waktu tu album Fenomena ini terjual melebihi 1juta units dn berapa pula cetak rompak terjual di sana dgn 3lgu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dn Nafas Cinta duet. Ini lah perjalanan anak seni yg sentiasa di rompak. Begitu lah kehendak Nya🙏 #searchkatharsis @fenomenamusic @KPDNKK

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on




Hakcipta iluminasi.com (2017)