Kredit foto: BH Online

   

Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 11.53 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham pagi semalam terlebih dahulu dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Urologi dan Nefrologi, HKL kerana mengalami sesak nafas.

Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami kerosakan otak kerana ketiadaan oksigen dan hanya mampu bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Akhirnya mesin pernafasan tersebut dihentikan di hadapan anggota keluarga dan waris terdekatnya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

   

Biodata Yazit Search

1. Nama sebenarnya, Yazit Ahmad. Juga dikenali sebagai Yazit Search.

2. Kelahiran Johor. Berusia 57 tahun (2019).

3. Mula bermain dram sejak umur 15 tahun.

4. Pendidikannya hanya setakat tingkatan tiga kerana terpaksa bekerja untuk meringankan ekonomi keluarga dan membesarkan adik-beradik yang lain.

5. Merupakan individu yang bertanggungjawab mengasaskan kumpulan Search. Malah beliau antara anggota asal kumpulan yang mempelopori muzik rock dalam arus perdana Malaysia sejak 1980-an itu.

6. Selain Yazit di posisi dram, lain-lain anggota asal Search ialah Zainal selaku vokalis, Hillary Ang (gitaris) dan Nasir Daud (pemain bes).

7. Ditubuhkan pada 1981, Search kini sudah merakamkan lebih 20 buah album termasuk Cinta Buatan Malaysia, Langit Dan Bumi, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fenomena dan Gothik Malam Edan.

8. Tempat Zainal akhirnya digantikan Suhaimi Abdul Rahman atau Amy.

9. Beberapa pencapaian diraih Search seperti Penyanyi Berkumpulan Popular, Anugerah Pelakon / Penyanyi Popular Berita Harian (1987, 1989) dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

10. Yazit mendirikan rumah tangga dengan Ramlah Ahmad dan mempunyai tiga orang anak, termasuk anak tiri daripada perkahwinan terdahulu Ramlah.

11. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam lingkungan jam 11.53 pagi tadi (26 September 2019).

   

Foto

yazit ahmad

yazid search

yazit search meninggal

yazid search meninggal

kumpulan search

Kredit foto: BH Online

    

Video

Kredit video: BH PLUS: Hidup susah, Yazit buat dram sendiri

   

Sumber:

1. Wikipedia Search

2. Hidup Susah, Yazit Buat Dram Sendiri

3. Yazit Cari Rezeki Sendiri Selagi Ada Kudrat

4. Pemain Dram Lagenda, Yazit Search Meninggal Dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)