Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

     

Tentu ada di kalangan anda yang tidak tahu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mempunyai seorang adik yang juga berbakat dalam dunia hiburan.

Bergiat dalam bidang seni suara, beliau yang dikenali dengan nama Fina Jebat ini nampaknya kurang menerima tempias daripada populariti kakaknya itu.

Ini kerana pemilik nama penuh Nur Shafinaz Jebat ini enggan mengambil kesempatan dengan menggunakan populariti Ayda bagi mendapat tempat dalam industri muzik.

Menduduki tempat ketiga ketika penyertaan dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), walaupun hanya Ayda yang lebih menonjol dalam kalangan peminat seni hiburan masa kini, Fina masih mampu mendapat perhatian segelintir pihak.

Buktinya, walaupun beliau kurang menerima liputan daripada media massa, namun tidak menghalangnya untuk meraih tumpuan di media sosial kerana laman Instagramnya, @shafynajebat sehingga kini sudahpun mencapai lebih 37,000 pengikut. 

Bukan saja berbakat, malah orangnya juga memiliki paras rupa yang cantik sama seperti Ayda.

Jom kita lihat beberapa keping foto Fina yang jarang diketengahkan di media massa ini.

    

Baca: Kahwin Datuk Zainal Abidin Hassan, Ini 10 Fakta Isterinya, Penyanyi Fyna Jebat, Adik Kepada Ayda Jebat - Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Fyna Jebat

   

Gambar Fina Jebat

biodata fina jebat

Fina masih aktif memenuhi tawaran persembahan nyanyian.

fina jebat

Fina gemar berkongsi swafoto untuk para pengikutnya di Instagram.

adik ayda jebat

Fina tidak kurang turut memiliki pakej paras rupa bak kakaknya, Ayda Jebat.

wikipedia fina jebat

Fina sewaktu ditemubual wartawan rancangan infotainment, hlive!

instagram fina jebat

Fina bersama penyampai radio Era, Radin (kiri).

fina jebat bertudung

Foto Fina yang anggun mengenakan hijab.

adik beradik ayda jebat

Fina enggan dibayangi populariti kakaknya.

keluarga ayda jebat

Adik beradik Fina Jebat. Dari kiri - Fina, Sabira dan Ayda.

fina af9

Fina merupakan bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia 9.

nur shafinaz jebat

Kredit foto: Instagram Fina Jebat

     

Sumber:

1. Fina Jebat tak cemburu pencapaian kakak

2. Wikipedia Akademi Fantasia Musim 9

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)