Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Siapa Datuk Seri Vida (DSV)? Pemilik nama sebenar Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman ini merupakan seorang usahawan selebriti yang juga pengasas syarikat produk kecantikan, Vida Beauty Sdn Bhd dan produk kesihatan Pamoga.

Seramai 2.8 juta pengguna Instagram (IG) kini mengikuti akaunnya yang menggunakan nama @datoserivida.

Terkini, hubungan mesranya dengan bekas pembantu peribadi (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli dihidu media selepas pemuda itu mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dan hampir mendirikan rumah tangga dengannya beberapa tahun lalu.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Hasmiza binti Othman

Nama komersial: Datuk Vida, Datuk Seri Vida, DSV

Umur: 50 tahun (2021)

Tarikh lahir: 24 Oktober 1971

Tempat lahir: Machang, Kelantan

Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga adik beradik

Pendidikan / Kelulusan: Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Kerjaya: Usahawan, penyanyi, pelakon dan pengacara

Fakta Menarik

1. Dipanggil dengan nama panggilan 'Da' dan 'Miza' di kalangan rakan-rakan, selain 'Ida' dalam kalangan anggota keluarga. Dia mengkomersialkannya kepada Vida ketika mula dikenali umum, kerana percaya huruf 'V' itu membawa nilai yang tinggi.

2. Kejayaan terbesar diperoleh dan diingatinya sehingga sekarang adalah kejayaan menjual produk Pamoga sebanyak 100,000 botol dalam masa sebulan!

3. Antara harta kekayaan yang dimiliki termasuk kediaman mewah bernilai RM22 juta di Ipoh, Perak, 22 rumah mewah (yang antaranya menempatkan para pekerjanya), serta belasan kereta mewah dan barangan kemas yang cukup sinonim dengan penampilannya.

4. Gemar membuat pelaburan dalam drama TV, filem dan bisnes-bisnes sampingan. Juga terlibat sebagai penaja untuk rancangan-rancangan televisyen popular di Malaysia.

5. Sukakan kucing parsi sebagai binatang peliharaan.

6. Antara kemahiran yang dimiliki termasuk mengemudikan bisnes, mendandan / menggayakan rambut, membuat 'facial' dan pakar dalam bidang kecantikan.

7. Terkenal dengan pertuturan dialek Kelantan yang pekat serta tagline yang berbunyi 'Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Putih'.

8. Akui dirinya secara peribadi hanya berpenampilan sederhana di rumah, bertentangan dengan imej yang dibawa di mata ramai.

9. Pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan perceraian.

10. Perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin pada 2000 hingga 2008, dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak). Ia termasuk anak pertama dan kedua mereka yang bernama Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, yang telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh pada 3 Ogos 2013, beberapa hari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.

11. Antara lain, Vida pernah bersuamikan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, sebelum bercerai pada 7 April 2017.

12. Sebagai penyanyi, Vida dikenali menerusi deretan lagu hits seperti I Am Me, Lavida Raya dan Lavida Go Bola.

Baca: Biodata Qush (Syed Qusyairi), Pembantu Peribadi (PA) Baru Dato Seri Vida

Baca: Kisah Kehidupan, Asal Usul Dato Seri Vida

Baca: Biodata Ahmad Iqbal Zulkefli, Kekasih Dato Seri Vida?

Baca: Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida

Baca: Biodata Fairuz Ahmad Zainuddin, Bekas Suami Dato Seri Vida

Baca: Biodata Kacak, Anak Dato Seri Vida

Baca: Ini Rupanya Keputusan UPSR Anak Dato Seri Vida Yang Buat Ibunya Terkejut!

Baca: Biodata Ahmad Weldan Zulkefli, Adik Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

Baca: Biodata Anes Ayuni (Ayunie), Adik Ipar Iqbal Zulkefli, Founder Vitamilk

   

Gambar

dato vida 327

cik b 295

dato seri vida

umur dato vida

anak dato vida

datuk vida

dato vida kahwin

iqbal vida 410

rumah dato vida

kacak anak dato vida

Kredit foto: Instagram Dato Seri Dr Hajah Vida

Video

Kredit video: MAHLIGAI CINTA TV3 - PERKAHWINAN DATO' VIDA 2014

Sumber:

1. Vida: Cekal bangkit setelah berkali-kali jatuh

2. Rahsia Datuk Vida bina empayar perniagaan

3. Profile Dato Seri Vida

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)