jumlah mangsa banjir bertambah hampir 12000

Sumber foto: BH Online 

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan seramai 11,991 mangsa banjir di Johor, Terengganu, Pahang dan Sabah sehingga 8 malam pada tarikh 3 Januari 2018. 

Menurut kenyataan NADMA, jumlah mangsa di setiap negeri terbabit mencatatkan peningkatan sejak empat hari lalu.

Menurutnya lagi, terdapat 3,285 keluarga terjejas dan kini ditempatkan di 77 pusat pemindahan.

Walau bagaimanapun, NDCC memaklumkan telah menamatkan amaran cuaca buruk dan amaran cuaca waspada bagi keempat-empat negeri terbabit.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)