nassier wahab sumbang rm23 000 kepada mangsa banjir pahang 1

Penyanyi Datuk Nassier Wahab menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa banjir di Pahang.

Sumbangan berjumlah RM23,000 itu merupakan hasil kutipan Malam Setangkai Irama 80-an yang berlangsung di Restoran D'Empangan Udang Galah Putrajaya anjuran syarikatnya, Nassier Wahab Production (NWP).

Penyanyi yang terlibat menjayakan program berkenaan ialah Rohana Jalil, Ibnor Riza, Zur Eda, Shidee, Raja Ema, Razis Ismail, Salwa Abd Rahman serta Nassier sendiri.

nassier wahab sumbang rm23 000 kepada mangsa banjir pahang 1

"Hasil daripada kutipan Malam Setangkai Irama 80-an ini, saya sumbangkan sebahagiannya kepada mangsa banjir di Pahang," kata Nassier.

Menurutnya, tugas menyerahkan sumbangan wang diberikan kepada Datuk Seri Shah Rezza.

"Datuk Seri Shah Rezza akan diberi tanggungjawab untuk menyerahkan sumbangan tersebut," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nasier memberitahu bakal meluaskan lagi Malam Setangkai Irama 80-an ke negeri-negeri lain atas permintaan ramai.

Kredit foto: Instagram Nassier Wahab
Sumber berita: Sinar Online

tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)