18 tahun yang lalu pada 11 September 2001, seluruh dunia dikejutkan dengan tragedi serangan pengganas di Amerika Syarikat. Salah satu daripada empat serangan itu berlaku di bangunan World Trade Centre (WTC).

Dua kapal terbang yang dirampas pengganas telah berlanggar dengan menara berkembar terkenal dunia itu. Pelanggaran itu telah menyebabkan kedua-dua bangunan pencakar langit itu runtuh. Dianggarkan seramai 2,977 orang telah terkorban pada hari itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kematian di sebalik tabir

Apa yang lebih membimbangkan ialah, ramai antara pasukan penyelamat awal seperti polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang terlibat dalam misi menyelamat pada hari itu meninggal dunia akibat kanser dan masalah kesihatan lain. Sebahagian besar mereka melakukan misi menyelamat di WTC.

serangan pengganas di wtc

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan menyatakan bahawa, lebih daripada 2,000 responden pertama yang berada di sekitar Pusat Dangangan Dunia selepas serangan telah meninggal dunia disebabkan kanser.

Dipercayai bahawa kanser yang dihidapi mereka berpunca daripada pendedahan kepada beberapa bahan seperti debu, bahan kimia dan toksik apabila mereka mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Hampir 10,000 responden pertama yang berada di kawasan WTC pada hari itu telah didiagnos dengan kanser. Kerajaan menjangkakan bahawa bilangan penyelamat yang mati akibat kanser tersebut akan melebihi jumlah mangsa serangan itu sendiri.

90,000 orang terdedah kepada bahaya

debu di sekitar wtc

Pengarah perubatan Pusat Kecermelangan Program Klinik Kesihatan WTC, Dr. Michael Crane, bimbang mengenai perkara yang serius ini. Dr. Crane juga menyatakan bahawa kes ini tidak seperti risiko kesihatan pekerjaan yang biasa di mana perkiraan dapat dibuat berdasarkan pendedahan kimia.

Keadaan amat berbeza bagi usaha menyelamat dan pemulihan di WTC. Para penyelamat terdedah kepada pelbagai bahaya seperti keluli cair, asberstos dan peralatan komputer yang terbakar sehingga toksik yang dikeluarkan oleh bahan bakar jet.

Dianggarkan lebih daripada 90,000 orang telah terdedah kepada bahaya yang terhasil ini. Ini tidak termasuk lagi debu setebal beberapa inci akibat bangunan yang runtuh.

pasukan penyelamat wtc

Dr. Crane menambah lagi, setiap kali pasukan penyelamat dan pemulihan menggerakkan sesuatu timbunan bangunan, debu dan asap akan terhasil. Mereka tidak tahu apa yang mereka hadapi dan tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk melindungi diri daripada bahaya.

Selepas bertahun-tahun kejadian 9/11 itu, kanser semakin berkembang bagi mereka yang berada di tapak kejadian. Kadar kanser di kalangan penyelamat pertama adalah sehingga 30 peratus lebih tinggi berbanding kadar biasa.

Angka kematian menceritakan keadaan sebenar

pasukan penyelamat di tapak wtc

Baru-baru ini, satu kenyataan dikeluarkan bahawa 241 pegawai polis di NYPD sahaja telah meninggal dunia dalam tempoh 18 tahun sejak serangan 9/11 berkaitan masalah kesihatan. Bilangan ini adalah 10 kali ganda berbanding 23 orang pegawai polis yang terkorban pada hari serangan.

Penyakit kanser dan masalah penafasan juga terus meragut nyawa anggota bomba yang bertugas Ground Zero (runtuhan WTC). Pada bulan Julai yang lalu, ahli bomba FDNY yang bernama Richard Driscoll merupakan mangsa ke-200 meninggal dunia berkaitan "penyakit WTC".

pasukan penyelamat mencari mangsa tertimbus

Driscsall yang telah berkhidmat selama 32 tahun itu bersara pada 2002, setahun selepas serangan 9/11. Fire Department New York (FDNY) sahaja telah kehilangan seramai 343 orang anggota pada hari serangan itu berlaku.

Seorang ejen FBI telah terkorban pada hari serangan 9/11. Pada penghujung 2018, seramai 15 orang ejen FBI telah meninggal dunia akibat pendedahan kepads toksik ketika membuat siasatan berhubung serangan itu.

Rancangan perlindungan mangsa

anggota bomba fdny bertungkus lumus menyelamat mangsa

Pada tahun 2015, Presiden Obama telah menandatangani Undang-Undang Dana Pampasan Mangsa 9/11. Ia bagi memperluaskan perlindungan untuk responden pertama dan mereka yang cedera akibat serangan itu.

Undang-undang itu juga mewujudkan Program Kesihatan WTC yang meliputi responden pertama di dua lagi tempat serangan lain pada 9/11 selain WTC iaitu Pentagon dan Shanksville.

Program ini akan menilai para pemohon untuk penyakit yang berkaitan dengan serangan 9/11. Jika memenuhi syarat, pemohon akan diberikan pelan rawatan yang sepatutnya.

responden awal menyelamat mangsa runtuhan wtc

Pada Julai tahun ini, Presiden Trump telah menandatangi lanjutan pembiayaan tetap untuk Dana Pampasan Mangsa. Trump meluluskan sebanyak USD 10.2 billion digunakan untuk 10 tahun akan datang bersama dana tambahan sehingga 2090 yang akan melindungi penyelamat 9/11 seumur hidup mereka.

Tidak kira sama ada serangan 9/11 itu dilakukan oleh pengganas atau ia merupakan konspirasi dalam seperti yang diperkatakan ramai, penghargaan dan bantuan perlu diberikan kepada pasukan penyelamat yang berkorban nyawa untuk menjalankan tugas.

Rujukan:

1.Kematian akibat serangan 9/11 terus meningkat

2.Kematian penyelamat 9/11 hampir melebihi mangsa serangan

3.Ramai responden awal 9/11 meninggal dunia akibat kanser




Hakcipta iluminasi.com (2017)