Oleh pada 20 Jul 2017 kategori

raya berasingan dengan farid kamil akhirnya diana danielle buka mulut 1

Kredit foto: Instagram Diana Danielle 

Sebelum ini kita didedahkan dengan gosip pergolakan rumah tangga pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil pada awal bulan Syawal dahulu.

Semuanya gara-gara beberapa keping foto yang dimuat naik pasangan berkenaan dalam Instagram masing-masing yang menggambarkan mereka sedang beraya di tempat yang berasingan.

Enggan situasi tersebut disalahtafsir, akhirnya Diana tampil memberikan kenyataan.

Menurut aktres itu, hujung bulan lalu dia sebenarnya sedang menemani ibunya yang ditahan di ICU akibat demam denggi.

Malah Diana turut mempunyai alasan mengapa hanya sekarang baru tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut. 

raya berasingan dengan farid kamil akhirnya diana danielle buka mulut 2

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Saya rasa ini tanggungjawab saya sebagai anak untuk terus berada di sisinya. Walaupun dia sudah dibenarkan keluar wad, namun keadaannya masih lemah dan mungkin kerana faktor usia dia mengambil masa sedikit untuk sembuh. Saya dan Farid tidak ada masalah langsung, sebab itu saya muat naik gambar bertiga. Tapi orang lain pula yang kisah sehingga ia dijadikan isu. Disebabkan saya selalu juga berhadapan dengan situasi sama, saya malas nak ulas panjang kerana saya tahu keadaan kami yang sebenar. Bagi saya hal peribadi tidak perlu dijaja dan saya dah lali dengan spekulasi.

Sumber: Media Hiburan

Jika benar apa yang dikatakan, kami turut tumpang gembira mendengarnya. Apa yang penting, Diana tahu situasi sebenar dan tak perlu goyah dengan spekulasi buruk yang tersebar. Semoga hubungan pasangan suami isteri ini akan berkekalan. 


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)