Korea Utara adalah satu wilayah yang agak susah untuk kita dapatkan maklumat berkaitannya dalam internet. Ini kerana majoriti media di negara tersebut dikawal oleh kerajaan mereka. Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan oleh seorang jurugambar bernama David Guttenfelder, ketua jurugambar bagi Associated Press yang dikongsikan, untuk kita leihat sendiri corak kehidupan masyarakat negara komunis tersebut.

1. Buat pertama kalinya tahun lepas dilaporkan Korea Utara mengumumkan nilai harga minyak mereka untuk pengetahuan antarabangsa. Berapa harga petrol seliter di sana? Ketika ini, USD 1.05 bersamaan RM4.66

bblyxqw img jfif

2. Pasangan yang baru berkahwin ini bergambar di hadapan patung dua bekas pemimpin negara tersebut. Adakah ini satu kewajipan bagi rakyat sana untuk mengambil gambar di situ? Kita tidak tahu.

bblyxre img jfif

3. Ini gambar contoh fesyen rambut di kedai gunting yang ada di sana. Kita sudah dapat memahami sedikit kenapa fesyen rambut di Korea Utara kelihatan seakan-akan sama.

bblz0ov img jfif

4. Propaganda memburukkan tentera Jepun dan Amerika diletakkan di sebuah tadika di sana. Apa yang mengkagumkan sebenarnya adalah poster tersebut masih lagi menggunakan kaedah lukisan tradisional untuk dihasilkan.

bblz2vn img jfif

5. Kami tidak dapat memastikan sama ada bekas belah kanan itu adalah dispenser minuman atau akuarium ikan.

bblz0pb img jfif

6. Walaupun fesyen yang dipaparkan agak ketinggalan zaman, apa yang positifnya, pakaian tersebut tidak seksi malahan mampu membuatkan pemakainya kelihatan anggun, bergaya dan sofistikated jika dibandingkan dengan kebanyakan fesyen pakaian wanita moden lain.

bblz5wp img jfif

7. Jika baju tersebut dijual di Pavilion Kuala Lumpur, pasti harganya mencecah ratusan ringgit.

bblz0os img jfif

8. Berdasarkan pencapaian pegawai tentera yang dipaparkan, nampaknya tak lama lagi mereka perlu memakai dua lapis uniform hanya untuk memastikan ruang melekat lencana ada.

bblz0op img jfif

9. Adakah ada kemungkinan Korea Utara telah pun berjaya membawa beberapa keluarga rakyat Korea Utara ke angkasa dan hanya kita sahaja yang tak tahu, kerana mereka tak mahu kita tahu?

bblz0pi img jfif

10. Di negara kita, graffiti merupakan cara anak muda mengekpresikan jiwa memberontak tetapi lain pula di Korea Utara, kerajaan mereka yang mencantikkan dinding dengan lukisan-lukisan indah.

bbh3ere img jfif

11. Kanak-kanak di Korea Utara membawa tanah beramai-ramai untuk menampal lubang di atas jalan. Satu inisiatif yang perlu dicontoh kerajaan kita.

bbbh3zw img jfif

12. Sekumpulan anak muda bersantai di tepi pantai sambil makan dan minum. Tidak diketahui sama ada mereka perlu menaiki sampan tersebut untuk pulang.

bbbhtsg img jfif


tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)