isu putus tunang sufian suhaimi dedah mesej rakan artis

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi

Kisah pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang terputus mendapat perhatian beberapa rakan artis, antaranya Sharnaaz Ahmad, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Ernie Zakri dan Heliza Helmi.

Menerusi Instagram, Sufian menayangkan beberapa kiriman Whatsapp dan Twitter yang diterimanya daripada para selebriti yang prihatin memberikan sokongan.

Rata-ratanya meminta agar kedua-dua selebriti ini berfikiran positif selepas ujian getir yang melanda perhubungan mereka.

"Kita sayang orang itu, belum tentu dia milik kita sebab Allah dah tetapkan orang lain akan jaga dia untuk kita. Allah Maha Kuasa dan Mengetahui. Kekal positif dua adikku.

"Setiap pertemuan dan jodoh itu rahsia Allah. Bertabahlah wahai jiwa Sufian dan Elfira. Reda dengan ketentuan-Nya. Semoga Allah berikan cahaya buat kalian... Amin," tulis pelakon Sharnaaz Ahmad di Twitter.

Penyanyi Ernie Zakri pula mendoakan agar perjalanan mendatang Sufian serta Elfira dipermudahkan. 

"Semoga yang baik-baik saja mendatang untuk Sufian... Insya-Allah, jodoh sentiasa di tangan Allah.

"Kita yang berusaha ini, reda dengan segala ketentuan dan ramai yang mendoakan. Semoga 2018 akan memberi makna yang baik-baik untuk kamu dan keluarga," katanya.

Manakala, penyanyi Heliza Helmi berkongsi potongan hadis sebagai rujukan. Penyanyi Haqiem Rusli pula menyatakan kesediaannya untuk bertemu Sufian sebagai tanda sokongan.

Sabtu lalu, ibu Elfira, Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan pasangan ini telah berakhir dan pihaknya hanya menanti waktu sesuai untuk memulangkan cincin pertunangan.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)