Dengan panjang 1,621 kaki (494 meter) dan tergantung setinggi 279 kaki (85 meter), Jambatan Gantung Charles Kuonen di Switzerland telah memecahkan rekod dunia sebagai jambatan gantung paling panjang untuk pejalan kaki.

Jambatan buat para pendaki yang baru dibuka ini memberikan pemandangan yang cukup indah berlatarbelakangkan Gunung Matterhorn, Weisshorn dan Bernese Alps.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jambatan ini telah menggantikan jambatan lama yang rosak akibat runtuhan batu. Ia dinamakan sempena nama penaja utama iaitu seorang ahli psikologi dan pemilik ladang wain Swiss.

jambatan gantung charles kuonen switzerland terpanjang di dunia 2

Ia kini menjadi jalan pintas 10 minit menghubungkan dua bandar kecil iaitu Zermatt dan Grächen yang sebelum ini boleh mengambil masa dua hari masa perjalanan.

Walaupun jambatan ini tidak lagi mempunyai sebarang risiko ditimpa batuan gunung, ketinggiannya boleh membuatkan para pendaki berasa amat gayat.

jambatan gantung charles kuonen switzerland terpanjang di dunia 4

Jadi, jika anda seorang yang akrofobia dan masih ingin mendaki di pergunungan Switzerland, pastikan anda rancang perjalanan anda dengan baik sebelum memulakan pendakian. Penulis tengok pun dah rasa gayat!

Sumber: CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)