Oleh pada 18 Aug 2017 kategori

hitchhiking

Beberapa bulan lalu tular gambar-gambar pelancong luar negara yang berdiri di tepi jalan raya sambil memberikan isyarat untuk menumpang kenderaan yang lalu. Istilah kepada pelaku ini adalah "hitchhiker". Ramai daripada kalangan masyarakat Malaysia yang terlalu cepat menghukum mereka ini dengan mengatakan pelancong-pelancong ini mahu mengambil kesempatan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat secara percuma. 

gesture

Tanggapan ini salah sama sekali dan perlu dibetulkan. Memang diakui budaya hitchhiking ini tidak ada di Malaysia, jika ada pun, sangat-sangat jarang, namun ianya amat popular di negara barat. Ramai yang menggunakan cara ini adalah kerana ingin mengembara tetapi tidak mempunyai kewangan yang mewah atau "budget travel". Bukanlah tak mampu, tetapi hanya cukup untuk keperluan asas seperti makan dan tempat tinggal. Ia sama sekali bukan untuk mengambil kesempatan.

Bagi rakyat di negara barat, mereka menggalakkan pengembaraan ke negara asing bagi meluaskan pandangan dan menambah pengalaman. Biasanya selepas tamat sekolah menengah, mereka mengambil "gap year" atau rehat selama setahun daripada pembelajaran akademik, dan mengembara ke serata dunia sebelum menyambung pendidikan ke peringkat seterusnya. 

Apabila dilihat kepada komen netizen, ramai yang mengatakan jika tak mampu untuk melancong, tak perlu melancong dan lebih baik duduk rumah. Ini satu persepsi yang sangat sempit, kerana mengehadkan sesuatu aktiviti atau perkara mengikut kemampuan kewangan. Mungkin disebabkan persepsi ini membuatkan pemikiran kita terbantut dan sukar untuk maju ke hadapan.

Melancong vs Mengembara

Melancong dan mengembara banyak bezanya. Kebanyakan mereka yang hitchhiking adalah mengembara, oleh itu mereka ini tidak memerlukan duit yang banyak. Mereka biasanya tidur di hostel dan bukannya di hotel mewah, dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan cara ini.  Jadi, ia dapat menjimatkan wang. Dan juga mereka tidak membeli belah sebaliknya mendalami atau cuba selami cara hidup masyarakat melayu terutamanya di kawasan luar bandar.

hitchhiker 213

Jika anda mengehadkan perjalanan atau pengembaraan anda disebabkan kekangan wang, anda sangatlah rugi kerana minda anda tak terbuka dan akan kekal berada di bawah tempurung. Kalau anda pernah mengembara, pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan bahawa pengalaman pengembaraan itu lebih bernilai dari wang ringgit. 

Perlu diketahui, bukan semua hitchhiker menumpang kenderaan dengan percuma, ramai juga yang membayar wang saguhati kepada pemandu. Jadi, jika ada duit dan bayar, mengapa tak naik bas atau teksi sahaja kan?

Hitchhiking banyak faedahnya

menumpang

Antara salah satu tujuan hitchhiking selain daripada menjimatkan wang adalah untuk mengenali budaya kita dengan lebih dalam melalui cara bergaul dengan orang tempatan. Jika mereka ini bergerak menggunakan bas, pergaulan dengan orang tempatan adalah terhad, namun jika mereka menumpang, mereka dapat berborak dengan rakyat tempatan secara dekat.

Selain itu, dengan mengembara dengan cara seperti ini, ia lebih mencabar dan banyak perkara yang anda akan pelajari sepanjang jalan. Banyak benda yang akan anda tempuhi, dan banyak cerita yang anda akan dengar. Inilah cara anda belajar erti kehidupan yang tak diajarkan di sekolah dan ia akan kekal selama-lamanya.

Kalau anda pergi melancong, naik train, tidur hotel, masuk shopping mall beli-belah, banyak bezanya dengan pengalaman mereka yang menahan kereta untuk ditumpang, tidur di hostel dan bergaul dengan orang dari serata dunia.

Namun, masih terdapat perkara yang perlu difikirkan untuk menumpangkan hitchhiker, disebabkan budaya ini tidak digunapakai di Malaysia. Salah satunya adalah dari segi keselamatan, yang mana tidak digalakkan wanita berseorangan untuk menumpangkan penumpang lelaki lebih-lebih lagi jika mereka ramai. 

Jadi tak salah jika anda berasa baik hati dan ingin menumpangkan mereka. Sambil itu anda juga boleh mengenali ramai orang luar tanpa perlu mengembara dan dapat melatih pertuturan menggunakan bahasa Inggeris, kan? Secara tak langsung, anda mempunyai rakan baru dari negara lain dan mana tahu satu hari nanti anda ke negara mereka dan mereka pula membantu? 

Kalau nak bantu, berhenti dan tumpangkan. Kalau tak, tak mengapa, tak perlu komen negatif. Itu lebih baik.

Budaya hitchhiking di seluruh dunia

Terdapat banyak negara yang mengamalkan budaya hitchhiking. Antaranya adalah :

Cuba : Hitchhiking di Cuba adalah sangat digalakkan dan Kenderaan kerajaan diwajibkan untuk menumpangkan hitchhiker, jika mempunyai tempat duduk kosong. Terdapat tempat-tempat yang dikhaskan untuk hitchhiking. Sistem yang digunakan ialah siapa cepat dia dapat.

hitchhiking 2

Nepal : Di kawasan luar bandar Nepal, ia menjadi kelaziman bagi mereka untuk hitchhiking. Disebabkan kebanyakan daripada penduduk kampung tidak mempunyai kenderaan, jadi mereka menjadikan aktiviti ini untuk bergerak di serata kampung.

Poland : Poland mempunyai sejarah lama mengenai hitchhiking dan masih popular sehingga hari ini. Bermula daripada tahun 1957 apabila hitchhiking dibenarkan secara rasmi supaya hitchhiker dapat membeli buku yang mempunyai kupon daripada agensi pelancongan. Kupon ini akan diberikan oleh hitchhiker kepada pemandu tersebut. Bagi pemandu yang mengumpulkan kupon terbanyak akan mendapat hadiah.

di belanda

Belanda : Hitchhking di Belanda adalah dibenarkan. Jadi jika anda ke Belanda, cuba-cubalah. Terdapat banyak papan tanda rasmi yang menunjukkan ia adalah lokasi hitchhiking yang dipanggil "liftershalte" atau "liftplaats" dalam bahasa Dutch. Lokasi ini biasanya terletak di kawasan bandar-bandar universiti.

Ireland : Walaupun ia dibenarkan di Ireland, namun hitchhiking tidak dibenarkan dilakukan di jalan raya. Walaubagaimanapun, hitchhiker berkemungkinan besar ditumpangkan jika terdapat ruang yang cukup untuk memberhentikan kereta dan mengambil penumpang. Polis tempatan biasanya melepaskan mereka dengan amaran sahaja jika ternampak perkara tersebut berlaku.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)