Oleh pada 28 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Jamal Yunos (Gambar tiada kaitan dengan berita ini)

Menerusi satu kenyataan pagi semalam, Datuk Mohd Imran Tamrin selaku peguam Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau telah menghubungi pihaknya dan bersedia memberikan kerjasama terhadap pihak polis untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala.

Jelasnya, Datuk Seri Jamal terpaksa segera meninggalkan hospital selepas tamat proses keluar wad bagi mengejar urusan waktu pejabat Tabung Haji dan menyelesaikan urusan wang jaminan.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berniat untuk melarikan diri dari tahanan reman polis.

Menurut Datuk Seri Jamal, kejadian itu berpunca daripada salah faham kerana beliau beranggapan proses ikat jamin telah sempurna, namun terdapat beberapa dokumen selepas jaminan yang tidak ditandatangani.

Sumber:

1. Facebook Berita TV9

2. Facebook Buletin TV3

3. Facebook BNBBC

4. Facebook Sinar Harian Edisi Perak

5. Facebook Astro Awani

6. Facebook Harian Metro

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)